Skip to main content

Kerana Menolak Perkahwinan Yang Diatur Keluarga Remaja 16 Tahun Ini Disimbah Minyak Panas.


TEXAS – Seorang pelajar sekolah melarikan diri dari rumah selepas dipukul oleh ibu bapanya kerana tidak mahu menerima cadangan ibu bapanya yang mahu dia berkahwin dengan pilihan mereka.

Dipetik dari Fox News, Maarib Al Hishmawi, 16, dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada akhir bulan Januari, telah ditemui pada pertengahan bulan Mac.

Dia dilaporkan hilang pada 30 Januari dan kali terakhir dilihat di sekolahnya Taft High School di Bexar County.

Sebuah pertubuhan telah menemui Maarib pada pertengahan bulan Mac dan telah menjaganya.

Menurut polis, ibu bapa pelajar tersebut , Abdulah Fahmi Al Hishmawi, 34, dan Hamdiyah Saha Al Hishmawi, 33 dipercayai telah memukul dan mencurahkan minyak panas kepada anak mereka kerana enggan menurut kemahuan mereka yang mahu Maarib berkahwin dengan seorang lelaki pilihan mereka yang berada di bandar lain.

Ibu bapa Maarib bersetuju mengahwinkan anak mereka kerana mereka dijanjikan akan diberi sejumlah wang yang bernilai $ 20, 000.

Sheriff Bexar County,Javier Salazar berkata remaja berkenaan dipukul dan di dera dengan teruk kerana tidak mahu berkahwin dengan pilihan ibu bapanya. Dia dipukul dengan penyapu dan dicurahkan minyak panas ke tubuhnya berkali-kali sampai satu tahap dia hampir tidak sedarkan diri.

Maarib diletakkan di bawah jagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak bersama lima adik beradiknya, yang berumur antara 5 dan 15 tahun.

Ibu bapanya ditahan pada hari Jumaat lalu atas tuduhan keganasan terhadap seorang ahli keluarga dan lelaki yang diatur untuk berkahwin dengan Maarib juga boles didakwa berkenaan kes itu. Sumber:Anna , Editor:Anna



Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut