Pesawat Rusia Terhempas, 65 Penumpang Dan 6 Anak Kapal Terkorban.


MOSCOW: Sebuah pesawat yang berada di bawah pengendalian syarikat penerbangan Russia, iaitu Saratov Airlines, telah terlibat dalam satu kemalangan di mana ianya telah terhempas semalam dan turut mengorbankan kesemua 71 penumpang dan juga anak kapal.

Berdasarkan laporan daripada agensi berita TASS yang berjaya diperolehi, terdapat sekurangnya 65 penumpang dan enam anak kapal dalam kapal terbang itu.

Kejadian itu berlaku apabila ianya telah hilang daripada radar kurang 10 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow.

Bagaimanapun, penerbangan itu yang menaiki pesawat Antonov AN-148 sepatutnya dijadualkan untuk menuju bandar Orsk di rantau Orenburg di Rusia, bersempadan dengan Kazakhstan.

Sebuah stesen televisyen Rusia, Rossiya-24, telah menyiarkan rakaman yang menunjukkan serpihan pesawat itu di sebuah padang yang diliputi salji.

"Serpihan telah ditemui, tidak ada yang terselamat," memetik sumber.

Pihak berkuasa Rusia memberitahu bahawa punca sebenar kemalangan itu masih belum dikenalpasti.

Dalam pada masa yang sama, Kementerian Pengangkutan Rusia juga turut mempertimbangkan pelbagai kemungkinan yang menyebabkan kejadian itu berlaku termasuk keadaan cuaca dan kesilapan juruterbang. Sumber: Astro Awani, Editor: Ira