Skip to main content

Pesakit Cilik Penghidap Aplastik Anemia Memerlukan Bantuan.


Satu video yang berdurasi 19 saat telah dimuat naik ke laman sosial Facebook di mana menunjukkan mengenai seorang kanak-kanak yang berasa takut.

Namun, ibu kepada kanak-kanak terbabit cuba menenangkan permata hatinya itu dengan memberitahu bahawa dia akan memeluknya jika kanak-kanak itu takut.

Demikian, itulah penderitaan yang dialami oleh seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Syifa Zara yang menghidap penyakit aplastik anemia iaitu sejenis penyakit sumsum tulang yang tidak berfungsi untuk menghasilkan darah sendiri.

Penderitaan kanak-kanak terbabit telah dimuat naik menerusi satu status di laman sosial di mana seorang individu yang dikenali sebagai Prinz Firusi telah menceritakan mengenai penderitaan kanak-kanak terbabit.

Statusnya itu menceritakan mengenai penderitaan yang dihadapi oleh mereka sekeluarga di mana penyakit ini dianggap sebagai salah satu penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Dalam pada masa yang sama, individu tersebut juga menceritakan mengenai penderitaan yang dialami oleh ibu kepada kanak-kanak terbabit di mana dia telah disahkan hamil di usia 40-an dan turut mengalami darah tinggi.

Menurutnya, dia perlu menjaga tiga nyawa supaya ianya tidak hilang begitu sahaja.

Menceritakan lebih lanjut, dia juga turut memberitahu bahawa ibu kanak-kanak tersebut kekurangan wang untuk perbelanjaan rawatan anaknya itu kerana setiap kali ingin mendapatkan rawatan mereka perlu mengeluarkan kos yang banyak.

Buat sesiapa yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, anda bolehlah menghulurkan bantuan nombor akaun yang tertera di bawah.

Untuk keterangan lanjut anda juga boleh menghubungi ibu kanak-kanak terbabit di talian 018-2775337 ataupun boleh melawatnya di Lg 29 Saujana Apartment Jalan PJU 10 1C Damansara Damai.

Bersamalah kita menghulurkan bantuan supaya dapat meringan beban yang dialami oleh mereka sekeluarga. Editor: Ira 







Image may contain: one or more people and people sleeping

Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and close-up

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people, people smiling



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...