Skip to main content

Kerana Babi, Rakan Nyaris Mati


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bersama dua pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Besut telah pergi ke sebuah kebun kelapa sawit di Kg Padang Buloh, Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Besut.

Mereka pergi kesana untuk memburu babi hutan selepas mendapat aduan daripada penduduk kampung.

Mereka tiba dilokasi kira-kira jam 12.30 malam, mangsa bersama seorang anggota PERHILITAN menunggu di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux kira-kira jam 4.35 sebelum terlihat babi hutan melintas di hadapan mereka.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata Pegawai PERHILITAN terbabit telah melepaskan tembakan sebanyak dua das ke arah babi hutan, namun binatang liar itu tidak mati, lalu pegawai tersebut mengubah kedudukan bagi melepaskan tembakan seterusnya, namun dia tergelincir dan terjatuh di dalam kabin terbabit.

"Ia menyebabkan senapang yang dipegangnya tertembak mangsa. Tembakan itu menyebabkan mangsa cedera dan dikejarkan ke Hospital Jertih oleh dua pegawai PERHILITAN berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Berdasarkan kecederaan yang dialami, mangsa terkena tembakan dengan jarak dekat lebih kurang dua kaki (0.6 meter). Mangsa dilaporkan stabil dan akan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut memandangkan masih terdapat peluru penabur dalam badan mangsa," katanya.

Beliau juga berkata dua orang pegawai yang merupakan Pembantu Hidupan Liar masing-masing berusia 28 tahun dan 32 tahun akan di tahan bagi membantu siasatan dan senapang yang digunakan untuk menembak turut dirampas.

Mohd Zamri ada membuat sesi temu bual bersama Ketuan PERHILITAN dan pegawai yang terlibat disahkan ada memaklumkan kepada ketua tersebut mengenai operasi memburu babi hutan itu.

"Selain itu, beliau turut memberitahu tugasan rondaan serta memburu adalah rutin bagi pegawai PERHILITAN jika menerima aduan daripada orang kampung. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960," katanya. Sumber:Berita Harian , Editor:Anna




Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...