Skip to main content

Fakta Menarik Mengenai Kecantikan Bagi Wanita Di Seluruh Dunia.


Kebanyakan wanita di seluruh dunia mahu kelihatan cantik dan dapat menjadi perhatian buat kaum lelaki. Ini bukan sesuatu yang asing lagi bagi kaum wanita untuk kelihatan cantik dan menarik sepanjang hari. Wanita kan melakukan pelbagai kaedah untuk kelihatan cantik walaupun perlu mengeluarkan duit yang banyak agar kelihatan cantik.

Kita sering terfikir bahawa wanita yang dikatakan cantik itu jika mereka mempunyai bulu mata yang lentik,bentuk badan yang kurus, mulut yang kecil, giginya serta kulit nya yang putih, berlesung pipit dan mempunyai senyuman yang menawan.

Namun ternyata ianya bukan konsep cantik yang difikirkan oleh kaum lelaki. Bagi lelaki, seseorang wanita itu perlu kelihatan cantik dari dalaman nya. Sebagi contoh baik budi perkertinya, sopan santun dan pandai menjaga batas pergaulannya.

PERANCIS

Di Paris, wanita cantik merupakan wanita yang langsing tubuh badan nya,anggun dan mempunyai kelas tersendiri.

Wanita di Paris akan menghabiskan masa untuk rawatan kecantika sahaja. Oleh sebab itu lah,mereka akan menyediakan baju dengan ukuran 12 untuk wanita. Menurut kepercayaan mereka pada umur 60 tahun lah seseorang wanita itu akan dikategorikan sebagai wanita Paris yang paling cantik.


INDIA

Wanita di India dikatakan cantik jika dia mempunyai kulit yang mulus dan rambut yang ikal mayang.Wanita Indiah gemar membuat sendiri pencuci muka,masker,toner dan sebagai nya untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih.

Di India mereka akan mencampurakan bahan seperti turmeric(kunyit), lemon, dan madu untuk disapukan pada bahagian kulit muka terutama sekali pada hari-hari penting bagi mereka contohnya pada hari perkahwinan.

Mereka juga akan memakai perhiasan dan baju yang berwarna terang serta ada tanda merah didahi mereka kerana dianggap ianya membuatkan mereka kelihatan cantik dan menarik jika dipandang.Tanda merah didahi mereka dipanggil sebagai kumkum.


JEPUN

Di Jepun, wanita akan di kategorikan cantik sekiaranya memilik rambut yang lurus dan mempunyai kulit yang putih gebu. Wanita di negara Jepun akan mengambil makanan tambahan yang mengandungi kolagen kerana kolagen mengandungi protein utama yang akan membantu mencerahkan kulit sebanyak 75% dan berfungsi menganjalkan kulit anda.

Kolagen sangat mudah dibeli dan dicari. Kebanyakkan restoran juga menyediakan makanan yang mengandumgi kolagen.


BURMA DAN THAILAND

Anggota suku Kayan di kedua negara ini memiliki leher yang panjang kerana mereka memakai gelang bersinar dibahagian leher sebagai tanda kecantikkan mereka. Mereka akan memakai gelang itu sejak dari usia 5 tahun lagi.

Gelang itu akan ditimbang seiring dengan pertumbuhan mereka.Gelang tersebut boleh mecapai berat sehingga 11 kilogram.


MAURITANIA

Kebanyankkan negara menganggap cantik itu dengan tubuh badan yang langsing dan kulit yang putih. Namun di Mauritania ianya berbeza. 

Bagi mereka jika seseorang wanita itu semakin besar( gendut) semakin ramai lelaki yang akan mendekati wanita tersebut.Sebab itu lah sejak dari kecil si ibu akan memberikan bayi mereka susu unta yang mengandungi lemak susu yang tinggi. 

Namun yang kelakarnya lelaki di Mauritania kurus-kurus belaka berbanding kaum perempuan.


IRAN

Wanita yang cantik adalah wanita yang mempunyai hidung yang mancung dan bibir yang mungil. Kebiasaannya mereka akan memakai pakaian yang menutupi aurat mereka dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. 

Jika seseorang wanita Iran tidak memiliki hidung yang mancung mereka akan menjalani pemedahan untuk memberikakan hidung mereka kelihatan mancung dan cantik. Kebanyakkan wanita di Iran akan memakai plaster pada hidung mereka walaupun mereka tidak melakukan pembedahan hidung.



ETHIOPHIA

Di Ethiophia, mereka juga mempunyai tafsiran cantik yang berbeza. Bagi mereka seseorang wanita itu akan kelihatan cantik sekiranya mempunyai bekas luka pada bahagian muka mereka. Sebab itulah, dari kecik mereka akan mencerderakan muka supaya parut di wajah terhasil.
Mereka berpendapat bahawa dengan membuat luka di wajah dapat mengembirkan kaum lelaki. Semakin banyak paru semakin mereka cantik di mata lelaki.


OMAN

Kebanyakan wanita di negar ini akan menggunakan air rebusan dau bunga mawar kering untuk mencuci rambut. Bagi mereka air rebusan ini akan membuatkan rambut mereka berbau wangi sepanjang hari.

Untuk rawatan pemutihan gigi pula,mereka akan menggunakan kayu sugi sebagai berus gigi.Mereka juga percaya semakin banyak perhiasan yang berwarna-warni dipakai semaki cantik seseorang wanita itu.

Walaupun mereka gemar memakai pakain yang berwarna hitam seperti jubah dan abaya mereka percaya selagi pakaian itu mampu menutupi seluruh auratnya itu sudah memadai. Wanita Oman juga gemar memakai burqa untuk menutupi sebahagian wajah.

Dengan menjaga aurat mereka percaya,kaum lelaki lebih menyukainya berbanding dengan wanita yang suka mendedahkan aurat nya dikhalayak ramai.

 Selain itu mereka juga gemar memakai celak dibahagian mata supaya kelihatan lebih bermaya.



BRAZIL

Rata-rata wanita di Brazil akan dianggap cantik jika mempunyai tubuh badan yang langsing. Oleh sebab itu merek gemar menggambil pill diet supaya sentiasa kurus. Namun tak dinafikan wanita Brazil suka bersukan dan membuat pembedahan plastik agar kelihatan cantik.

Pembedahan plastik merupakan pembedahan yang paling kerap di lakukan oleh kaum wanita di Brazil. Jadi tidak heranlah jika wanita di Brazil sentisa kelihatan cantik di mata anda.

Percaya atau tidak gologan yang kurang berkemampuan juga akan sedaya upaya untuk mengumpul gaji mereka dan melakukan pembedahan plastik agar kelihatan cantik.

Wanita di Brazil akan menghabiskan 3/4 dari gaji mereka untuk melakukan rawatan kecantikan sahaja. Editor: Ila


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...