Pastinya ramai yang setuju dengan kenyataan "jeragat sememangnya tak dapat dipisahkan dengan wanita”.
Ikuti perkongsian mengenai jeragat dengan lengkap iaitu bagaimana cara menghilangkannya, punca jeragat dan cara mengatasi jeragat.
Jeragat adalah satu tompokan hitam yang terdapat pada wajah yang mana terhasil daripada pengumpulan sel sel kulit mati dan pembentukan minyak di liang liang muka dan ianya selalu terjadi di bahagian hidung, dahi, pipi dan dagu.
Terdapat beberapa punca terjadinya jeragat yang anda harus tahu supaya senang untuk di atasi.
Punca pertama adalah hasil daripada sinaran UV daripada matahari di mana sinaran ini akan tembus ke dalam kulit muka lalu menyebabkan kulit wajah bertindak menghasilkan pigment hitam (jeragat) yang berfungsi untuk mengelakkan sinaran uv itu tembus kedalam kulit lebih dalam sehingga boleh menyebabkan kanser kulit.
Kajian antarabangsa membuktikan sinaran uv juga terhasil daripada lampu kalimantang yang terdapat di pejabat dan rumah dan majoriti wanita mendapat jeragat daripada lampu kalimantang.
Selain itu tekanan perasaan ditempat kerja mahupun dirumah juga menjadi faktor terbesar dalam terhasilnya jeragat. Apabila seseorang itu mengalami tekanan perasaan, kadar RADIKAL BEBAS di dalam tubuh badan akan meningkat dan menjadi penyebab utama dari dalam badan terjadinya jeragat degil serta hitam diwajah.
Radikal bebas akan membuat kulit wajah berinteraksi sehingga terhasilnya tompokan tompokan yang hitam dan gelap.
Persekitaran yang tercemar juga akan meningkatkan RADIKAL BEBAS kerana tubuh badan kita menghirup udara yang kotor.
Punca yang seterusnya adalah tersalah pakai krim anti jeragat. Rata-rata wanita memakai krim anti jeragat tetapi haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih produk yang merbahaya ia akan membuat kulit makin nipis seterusnya sangat sensitif pada sinaran uv.
Ini lah perkara perkara yang perlu anda ketahui tentang bagaimana terhasilnya jeragat diwajah.
Terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat jeragat yang degil di wajah anda.
Petua pertama adalah jus lemon yang mana kaya dengan asid alpha hydroxy yang dapat membantu menggantikan kulit mati serta memudahkan pertumbuhan sel sel kulit baharu. Ia juga dapat menghilangkan minyak berlebihan kerana bersifat astringen. Cara menggunakankannya adalah dengan mencelup kapas dalam jus lemon lalu membiarkan kapas tersebut di atas muka 15 hingga 20 minit. Selepas itu, cuci dengan air sejuk dan lakukan setiap hari sebelum tidur.
Jagalah kebersihan kulit wajah dengan membasuh muka menggunakan pencuci untuk menghilangkan lebihan minyak yang terdapat pada wajah anda dan mengelakkan pembentukan sel sel minyak.
Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah dan elakkan dari pemakaian pencuci muka yang membuatkan kulit menjadi kering kerana ia akan mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasil jeragat.
Elakkan memakai alat solekan dalam jangka masa yang lama untuk hasil yang sempurna.
Baking soda juga merupakan bahan yang terbaik untuk pengelupasan sel sel berminyak, kotoran dan sel sel kulit mati serta dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Caranya campur sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang pekat dan sapu pada kawasan yang terdapat jeragat dan biarkan beberapa minit kemudian bersihkan menggunakan air sejuk.
Amalkan sekurang kurangnya beberapa bulan sehingga menampakkan hasil.
Nota: Elakkan penggunaan baking soda jika anda mempunyai kulit yang sangat sensetif.
Jeragat juga dapat dielakkan dengan beberapa langkah seperti:-
i.Basuh rambut dengan kerap.
ii.Guna Kosmetik yang bebas minyak.
iii.Pastikan makanan yang diambil kaya dengan ANTIOXIDANT.
Kajian menunjukkan wanita yang mempunyai kadar antioxidant yang tinggi didalam badan, sukar mendapat jeragat diwajah berbanding wanita yang kurang kadar antioxidant didalam badan. Ini kerana hanya ANTIOXIDANT dapat menyingkirkan RADIKAL BEBAS yang menjadi penyebab utama jeragat keluar dari badan.
Lagi tinggi antioxidant, lagi rendah radikal bebas, lagi cantik kulit anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Selamat mencuba! Editor , Anna
i.Basuh rambut dengan kerap.
ii.Guna Kosmetik yang bebas minyak.
iii.Pastikan makanan yang diambil kaya dengan ANTIOXIDANT.
Kajian menunjukkan wanita yang mempunyai kadar antioxidant yang tinggi didalam badan, sukar mendapat jeragat diwajah berbanding wanita yang kurang kadar antioxidant didalam badan. Ini kerana hanya ANTIOXIDANT dapat menyingkirkan RADIKAL BEBAS yang menjadi penyebab utama jeragat keluar dari badan.
Lagi tinggi antioxidant, lagi rendah radikal bebas, lagi cantik kulit anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Selamat mencuba! Editor , Anna