Skip to main content

Benarkah Laudya Cynthia Bella Seleweng Duit Pembelian Tanah???


Pelakon Laudya Cynthia Bella merupakan antara pelakon baru yang sedang meningkat naik dan berasal daripada negara seberang Indonesia.

Bella juga merupakan salah seorang artis yang telah berkahwin dengan orang dari Malaysia iaitu Engku Emran dan perkahwinan mereka telah mencecah usia lima bulan.

Banyak perkara baru yang dilalui oleh penyanyi serta pelakon berusia 29 tahun ini selepas menjadi isteri kepada Engku Emran.

Salah satu daripadanya adalah apabila satu peristiwa berlaku ketika dia meraikan ulang tahun Engku Emran buat kali pertama pada 1 Februari 2018 yang lalu.

Engku Emran yang baru sahaja genap 43 tahun pada Khamis yang lalu telah menerima hadiah yang istimewa apabila Bella bertindak mencium pipi Emran sambil memeluk suami dan anaknya, Aleesya.

Namun, baru-baru ini Bella juga turut mengalami pengalaman yang pahit sepanjang hidupnya.

Ini kerana Bella dikhabarkan telah dilaporkan kepada pihak polis di Bandung, Indonesia oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Jimmy Sanjaya.

Jimmy dipercayai telah membuat laporan polis terbabit dan turut menuduh Bella melakukan penipuan dan penyelewengan wang.

Kes itu dilaporkan telah berlaku pada tahun 2009 lalu di mana pada ketika itu Bella dan Jimmy telah membuat persetujuan untuk membeli tanah di Kampung Blok Tugu Mekarluyu, Bandung.

Kawasan tanah yang hendak dibeli itu adalah seluas 5360 meter persegi dan harganya juga telah di persetujui oleh Bella dan Jimmy iaitu dengan harga RP911.200.000 (RM263,975.00).

Bagaimana pun, menurut Jimmy, beliau sudah menyerahkan duit pendahuluan sebanyak RP140 juta (RM41,000.00), kepada Bella.

Namun Jimmy memberitahu bahawa Bella telah mengubah harga tanah tersebut tanpa meminta persetujuan Jimmy dan turut meminta penambahan sebanyak RP300 juta (RM86,000.00)

Kes ini masih tidak dapat disahkan lagi dan kami berharap agar Bella bersabar dengan dugaan yang dilalui serta semoga Bella lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sumber: Hangat.com, Editor: Ira






Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...