Skip to main content

5 Gambar Wanita Maut Dan Seorang Parah Apabila Kereta Bertembung


KOTA TINGGI: Seorang wanita meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya iaitu Proton Wira telah bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 34 Jalan Johor Bahru ke Mersing berhampiran dengan Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, semalam.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi itu, di mana mangsa iaitu Sim Lee Peng, 36, telah maut di tempat kejadian, manakala bagi pemandu kereta Proton Persona pula iaitu Fred Anak Edin, 31, telah mengalami cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, kemalangan terbabit dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang datang dari arah Kota Tinggi untuk menghala ke Johor Bahru itu telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Persona yang kebetulan datang dari arah Johor Bahru untuk menghala ke Kota Tinggi.

"Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan, manakala pemandu Proton Persona parah dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT)," katanya.

Bagaimanapun, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, menurut pihak bomba, pihaknya telah dipanggil ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman api yang berlaku ke atas kereta Proton Persona yang dilaporkan terbakar.

"Seramai lapan anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi bergegas ke lokasi kemalangan dengan sebuah jentera serta sebuah EMRS selepas menerima panggilan kecemasan."

"Proton Persona terbakar hampir keseluruhan selepas berlanggar dengan Proton Wira berkenaan. Operasi ditamatkan pada jam 10.19 pagi," ujarnya. Editor: Ira



Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Image may contain: one or more people and outdoor
Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...