Skip to main content

3 Kanak-Kanak Antara Yang Terkorban Dalam Letupan Gas Di Karnival Bolivia.


ORURO: Seramai tiga orang kanak-kanak adalah di antara lapan pengunjung yang terbunuh dalam satu kejadian letupan gas semasa perarakan Karnival Bolivia di Oruro, di selatan La Paz.

Kejadian yang pertama kali berlaku itu telah mencederakan hampir 40 orang pengunjung yang lain.

Difahamkan, sebelum itu pihak polis telah memaklumkan bahawa enam mangsa telah maut sementara 28 yang lain cedera dalam letupan berkenaan.

Letupan itu bagaimanapun telah berlaku di atas jalan raya di mana ianya adalah tidak jauh dari laluan utama yang menyaksikan perarakan sejauh 4km.

Menurut Komander Polis, Romel Rana, pihaknya percaya bahawa letupan tersebut berpunca dari tumpahan minyak panas yang telah membakar hos yang bersambung dengan gas berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, Presiden Evo Morales juga turut memuat naik satu status dalam reaksi segeranya dengan mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat.

"Kami kesal dengan insiden (letupan) ini hingga menyebabkan kematin," ujarnya menerusi Twitter.

Katanya lagi, pihaknya akan segera menghantarkan bantuan untuk diberikan kepada semua mangsa yang terjejas.

Untuk pengetahuan semua, Oruro adalah sebuah bandar raya yang beraltitud tinggi iaitu 265,000 yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan di tenggara ibu negara La Paz.



Perayaan Karnival yang terkenal di bandar itu adalah salah satu perayaan yang diraikan di seluruh Amerika Latin pada hujung minggu ini dan awal minggu depan, dan dijangka dapat menarik lebih daripada 400,000 pelawat dari Bolivia dan luar negara.

Apa yang menarik dalam perayaan 10 hari itu adalah ianya melibatkan seramai 6,000 pemuzik dan ribuan penari bertopeng dan pakaian folkloric.

Selain itu, karnival ini juga telah diisytiharkan sebagai tapak warisan kebudayaan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Bagaimanapun, kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan pihak berkuasa tempatan juga akan segera menyiasat kes ini. Sumber: Astro Awani, Editor: Ira







Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...