Skip to main content

12 Gambar Bas Terbalik Di Lereng Bukit, 27 Pelancong Maut Di Jawa Barat.


JAKARTA: Seramai 27 orang penumpang telah meninggal dunia sementara 18 orang lagi telah mengalami kecederaan yang parah selepas sebuah bas yang membawa pelancong tempatan telah terbalik selepas terjunam di lereng bukit di wilayah Subang, Jawa Barat, Indonesia.

Kemalangan ngeri itu bagaimanapun dilaporkan telah berlaku pada semalam sekitar jam 6.10 petang mengikut waktu tempatan.

Bas terbabit dikatakan telah membawa seramai 45 penumpang yang kebetulannya dalam perjalanan dari selatan Tangerang di wilayah Banten untuk ke sebuah kolam air panas yang terletak tidak jauh daripada lokasi kejadian.

“Kesemua 27 mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti."

"Mangsa yang cedera mengalami patah tulang kaki, tangan, dan pinggul, serta luka parah di kepala,” kata jurucakap mewakili Hospital Umum Daerah Subang, Mamat Budirakhmat seperti yang dipetik melalui portal Tribun Jabar.

Menurut Ketua Polis Trafik, Budhy Hendratno, kemalangan maut itu dipercayai telah berlaku apabila bas pelancong terbabit telah merempuh sebuah motosikal ketika menuruni bukit lalu bas tersebut mulai hilang kawalan dan terbalik.

Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menyiasat punca kemalangan namun pihaknya percaya bahawa brek bas terbabit telah gagal untuk berfungsi.

Kesemua mayat telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti kesemua mayat sebelum kesemua mayat itu dituntut oleh ahli keluarga masing-masing. Sumber: E Berita, Editor: Ira














Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut