Ya Allah Selamatkanlah Bayi Dalam Kandungan Ini..Bayi Dalam Kandungan Kurang Aktif, Jihan Muse Bimbang



Jihan Muse merupakan seorang pelawak dan pelakon terkenal di Malaysia kini sedang hamil Sembilan bulan dan dijangka bakal bersalin pada awal Januari 2018.

Terkini, Jihan Muse menerusi Instagramnya berkata dirinya sedang demam dan bayi dalam kandungan juga kurang aktif.

Difahamkan, pengacara Gegar Vaganza itu telah ke hospital semalam.

Jihan yang kebimbangan meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya dan bayinya.

“Mak demam. Anak pun kurang aktif. Doakan kami anak beranak sihat dan selamat ya,” tulisnya

Menerusi satu entri IG Stories Jihan terdahulu dia ditemani suaminya, Ungku Hariz di hospital.

Jihan dan Ungku Hariz telah berkahwin pada 20 Mac 2016.

Pasangan ini juga telah mendedahkan sebelum ini bahawa bayi dalam kandungan Jihan iaitu bayi lelaki. Editor:Farhana