Skip to main content

"Saya Cantik Dan Bijak, Kamu Semua Jangan Cemburu, Tolong Terima Hakikat Ini"- Fathia Latiff


Sebut sahaja nama Fathia Latiff atau nama sebenarnya Nur Fathia Bt. Abdul Latiff pasti orang ramai akan mengenalinya. Pelakon Fathia Latiff di lahir kan pada tanggal  1 September 1987. 

Beliau berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang dan telah mendapatkan pendidikan awal di  Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

Fathia Latiff sememangnya tidak pernah lekang dengan kontroversi panas dan hangat. Ada sahaja isu baru yang akan di bangkitkan nya di lama sosial dan membuatkan para netizen tidak senang dengan tindakan nya itu.  

Terbaru, Fathia menggunakan laman Twitter nya  sebagai salah satu tempat untuk dia meluah kan perasaan sama ada isu semasa atau tentang dirinya. Fathia telah membuat satu kenyataan mengenai kebijaksanaan yang dikurniakan kepadanya menerusi laman Twitter.


Semalam Fathia telah memuat naik satu tweet yang menyatakan bahawa dia cantik dan bijak, semua orang perlu menerima hakikat itu. Dia juga mengingat kan supaya jangan cemburu dengan apa yang dimilikinya.

Agak memuji diri sendiri bukan? Para netizen juga tidak melepaskan peluang untuk "sekolahkan" pelakon berkenaan.

Kali ini Fathia Latiff mungkin mempunyai banyak masa yang terluang untuk membalas segala kecaman dari pengikutnya di Twitter.


Seorang dari pengikutnya menulis jika benar dikatakan cantik dan berotak, haiwan juga mempunyai otak. Apa yang membezakan haiwan dengan manusia adalah manusia akan berfikir dahulu sebelum bertindak.

Jawapan 'pedas' dari Fathia juga tidak kurang hebat nya.



Bukan hanya itu sahaja, Fathia juga turut di 'sekolahkan' tentang kesalahan tatabahasanya. 


Dia juga telah memberikan beberapa pesanan kepada pengikut di lama Twitter supaya berhenti menghantar gambar yang tidak sepatutnya dan turut memberi amaran jika berbuat sedemikian. Sumber: Fathia Latiff . Editor: Ila

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut