Skip to main content

Polis Jumpa Buaya Besar Dalam Rumah Penjenayah



RUSSIA – Pasukan polis Russia telah menggeledah rumah seorang suspek yang dipercayai menyimpan senjata api namun sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila terserempak dengan seekor buaya besar yang menghuni ruang bawah kediaman itu.

Suspek disyaki terbabit dalam kes memiliki dan menyeludup senjata haram di Petergorf, pinggiran bandar Saint Petersburg yang terkenal dengan tarikan istananya.

"Ketika berada di ruang bawah tanah rumah itu, pegawai kami menemui seekor buaya," kata polis dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, tiada insiden buruk membabitkan reptilia itu berlaku ketika pencarian dilakukan," kata polis turut memaklumkan perkhidmatan veterinar sedang mencari tempat baru bagi menempatkan haiwan berkenaan.

Polis mengeluarkan gambar yang menunjukkan haiwan berkenaan tinggal di dalam kolam berlumpur yang cetek dan gelap.

Suhu pada waktu siang dianggarkan negatif tujuh celsius di Saint Petersburg dianggap bukan iklim sesuai buat haiwan berkenaan.

"Buaya itu sudah tinggal di rumah berkenaan sejak 2005 dan ketika itu ia masih kecil," beritahu seorang jiran pada stesen televisyen tempatan.

Laman berita tempatan Fontanka melaporkan, buaya spesies Nil itu berukuran kira-kira dua meter dan dimiliki pengendali kelab belia di bangunan berkenaan.

Polis turut menemui barangan menyerupai peluru yang kemudiannya dihantar untuk analisis sementara suspek berada dalam tahanan. Sumber:Berita Harian Online , Editor:Farhana

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut