Skip to main content

Pemancing Terselamat Selepas 19 Jam Terapung.


MERSING: Seorang pemancing dipercayai hampir lemas semasa bot yang dinaikinya bersama tiga rakan dikatakan telah terbalik pada sekitar jam 12.30 tengah hari semalam di perairan Pulau Harimau, Mersing.

Pemancing terbabit dikatakan cuba menahan dirinya untuk terus terapung selama 19 jam selepas bot yang dinaikinya terbalik.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Afiq Azmi, 25, dikatakan telah ditemui oleh nelayan tempatan dalam keadaan lemah yang mana pada ketika itu nelayan tersebut secara kebetulan melalui kawasan perairan Pulau Lima kira-kira pada jam 9 pagi.

Mohd Afiq juga dipercayai telah terpisah dengan tiga lagi rakannya yang terselamat itu di mana dia terpaksa bertarung nyawa seorang diri untuk terapung hampir 19 jam sebelum dibawa arus sehingga ke Pulau Lima.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari semalam, Mohd Afiq bersama tiga rakan, Mazlan Mohamed, 43, dan dua lagi beradik iaitu Shahrul Azhar, 36, dan Mohd Fadzil Hamzah, 46, dipercayai terselamat selepas mereka berpaut pada bot gentian kaca yang terbalik sebelum di selamatkan oleh sebuah bot pelancong yang melalui tempat kejadian.

"Bagaimanapun Afiq yang ketika itu memakai jaket keselamatan dihanyutkan arus menyebabkan dia terpisah dengan rakannya.”

"Usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan nelayan tempatan untuk mengesan Afiq.”

“Nasib masih menyebelahinya apabila kira-kira 9 pagi tadi dia ditemui dalam keadaan lemah selepas bertarung nyawa dalam laut yang bergelora," katanya.

Sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai lokasi Afiq, pihak APMM dikatakan telah dalam perjalanan untuk membawa pulang Afiq ke Mersing dan mangsa telah dihantar ke Hospital Mersing bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum kembali kepada pangkuan keluarganya.

Difahamkan, mereka berempat dikatakan dalam perjalanan pulang untuk ke Pengkalan Nelayan Kampung Teluk Buih Air Papan, namun bot yang dinaiki itu telah terbalik sebelum dijumpai kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Sebaik sahaja kejadian itu berlaku, satu laporan polis telah dibuat untuk melaporkan kejadian terbabit. Sumber: Harian Metro , Editor: Amira






Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut