Skip to main content

Niat Hati Ingin Menolong Tapi Lain Pula Jadinya


ROMANIA: Ketika cuba menyelamatkan seorang wanita, mangsa merupakan seorang lelaki kini putus buah zakar belah kiri akibat di gigit anjing. Mangsa telah di serang dua ekor anjing di Iasi.

Lelaki berusia 47 tahun itu bersama seorang lagi lelaki berusaha menyelamatkan wanita 22 tahun yang diserang dua anjing jenis American Staffordshire Terriers yang terlepas dari laman sebuah rumah.

Menurut laporan, seorang daripada lelaki itu cuba melawan anjing terbabit menggunakan batang penyapu manakala wanita yang diserang sebelum itu, melarikan diri dengan baju yang terkoyak.

Seekor anjing itu menggigit bahagian sulit lelaki 47 tahun itu menyebabkan buah zakarnya putus. Lelaki seorang lagi yang berusia 66 tahun di gigit tangan.

Pasukan paramedik yang tiba merawat semua mangsa termasuk wanita itu yang cedera di tangan dan kaki namun lelaki 47 tahun itu dikejarkan ke hospital dengan pasukan pembedahan sudah bersiap sedia.

Menurut laporan itu kata pakar bedah Dr Bogdan Novac, gigitan pada buah zakar lelaki itu hanya satu sentimeter dari tempat yang boleh membahayakan nyawa. Organ lelaki itu kini berfungsi baik selepas pembedahan.

Dua anjing terbabit telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan selepas ditembak mengunakan dengan ubat pelali.

Polis membuka siasatan terhadap pemilik anjing terbabit, seorang wanita 60 tahun yang menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan. - Editor: Amylea Nazrul

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...