Skip to main content

Lukisan Ini Terjual Lebih R.M 16 000, Anda Tentu Tidak Percaya Siapa Yang Melukisnya..


Babi merupakan salah satu haiwan ternak yang popular dan selalu diternak untuk di ambil dagingnya.

Haiwan yang memiliki muncung pendek dan hidung leper ini merupakan jenis mamalia yang cerdas bahkan boleh menjadi haiwan peliharaan yang lebih pintar berbanding anjing dan kucing.

Berbeza dengan babi-babi yang lain, babi Afrika yang bernama Pigcasso ini memiliki kemampuan luar biasa kerana pandai melukis dan boleh menghasilkan berbagai lukisan abstrak.

Mirror.co.uk melaporkan Pigcasso dipelihara sejak berusia empat minggu setelah diselamatkan dari sebuah ladang penternakan di Afrika Selatan dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Joanne Lefson, pemilik babi tersebut dapat melihat bakat seni Pigcasso setelah cukup lama memeliharanya.

Lebih hebat lagi, lukisan hasil karya Pigcasso mampu dijual dengan harga yang mahal apabila salah satunya terjual dengan harga 3.000 pound sterling atau Rp 56,7 juta (RM16 000).

"Dia tiada beza dengan babi-babi yang lain. Dia cerdas dan penuh rasa ingin tahu," kata Joanne.

"Bezanya adalah dia memiliki bakat hebat dalam melukis. Saya amat bangga dengan Pigcasso," ujar Joanne lagi.

Kini, Pigcasso boleh mengadakan pameran solonya yang bertajuk OINK.

Tidak hanya di satu tempat, pamerannya sudah mengelilingi ke beberapa kota di dunia seperti Cape Town, London, Paris dan Amsterdam.

Lukisan yang dihasilkan oleh babi ini dikatakan hampir sama dengan karya dari Jackson Pollock.

 Sementara itu, keuntungan yang didapati dari pameran itu akan disalurkan kepada tempat perlindungan haiwan terbiar. Sumber:Liputan6.com , Editor:Farhana























Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...