Lelaki Maut Cuba Elak Kucing


TERENGGANU- Akibat cuba mengelak daripada terlanggar seekor kucing yang melintas jalan, seorang polis bantuan di Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun dipercayai maut digilis oleh sebuah kereta di Jalan Gong Pasir-Balai Besar, Dugun pada hari ini.

Kemalangan yang meragut nyawa itu berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi, mangsa Lans Koperal Ros Shaari Abdullah,34, tinggal di Kampung Paya Balai Besar, Dungun dipercayai maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.



Mangsa dikatakan menunggang motosikal didalam perjalanan dari rumah untuk ke tempat kerjanya.

Mangsa dipercayai cuba mengelak seekor kucing yang melintas jalan terbabit sebelum motosikal yang ditunggang nya itu terbalik lalu mangsa tercampak ke atas jalan raya .




Bagaimana pun kereta yang dipandu penolong pegawai farmasi yang berada di belakang mangsa gagal mengelak lalu menggilis mangsa.

Wan Zuhaimira Wan Mohamed, 34,isteri mangsa ,berkata ,berita yang mengejutkan itu sukar untuk diterima.

"Saya bertugas sebagai pembantu makmal dan bekerja di tempat yang sama dengan suami saya. Arwah suami keluar dahulu kerana perlu memasuki giliran kerja pada pukul 7 pagi.


"Sebelum arwah keluar daripada rumah, dia ada memaklumkan kepada saya bahawa mahu keluar bekerja, tetapi tidak sampai 20 minit saya mendapat berita sedih ini,"katanya.

Superintendan Baharudin Abdullah,Ketua Polis Daerah Dungun,ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut.

"Mayat mangsa kini dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun bagi tindakan selanjutnya,"katanya.Editor: Ila