Kecoh Di Kedai Durian Bila Yusuf Azmi Dan Ustaz Abdul Halim Datang.


Nama nya semakin meningkat naik di media sosial Facebook dan Twitter kerana sifat nya suka membantu dan membela golongan yang teraniaya. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya siapakah gerangan saudara Yusuf Azmi ini.

Setiap kali keluar di media sosial untuk mempertahan kan golongan yang sering di tindas, beliau akan berserban. Yusuf Azmi adalah seorang Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Beliau mula menyertai PPIM sejak enam tahun yang lalu.

Yusuf Azmi mempunyai enam orang cahaya mata hasil dari pergkongsian hidup bersama isteri nya Sabrina Hamdan. Namanya mula meningkat naik semenjak memperjuangkan isu pajakan kenderaan dan telah membela nasib pemilik stesen minyak.

Semalam, Yusuf Azmi dan Ustaz Abdul Halim telah memberikan sokongan kepada golongan muda Melayu yang berani menceburi perniagaan buah-buahan terutama sekali buah durian.

Pemilik kedai buah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal Kucing, menyatakan dengan kehadiran Yusuf Azmi dan Ustaz Abdul Halim ianya dapat memeriahkan lagi suasana kedainya . Kedai buah durian Faizal Kucing ini terletak di Jalan Sungai Tua berhadapan dengan Jabatan Kerja Raya(JKR).

Menurut pemilik kedai ini, Yusuf Azmi sangat ramah dan mesra dengan orang yang berada disekelilinya.Meskipun nama nya sudah terkenal, beliau masih juga melayan para peminat yang meminta untuk bergambar bersamanya.Beliau juga di katakan tidak sombong dan sentiasa murah dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

Ternyata kehadiran mereka berdua mengejutkan pemilik kedai dan orang ramai yang berada di situ untuk menikmati durian.Editor: Ila