Skip to main content

"Ini Kali Pertama Saya Benar-Benar Dapat Peluangn Untuk Jatuh Cinta",- Ed Sheeran


Dahulunya pemuda ini hangat dengan lagu yang bertajuk "thinking out loud" kini lagu nya sekali lagi menjadi siualan dibibir para peminat iaitu " Perfect". Siapa sahaja yang tidak mengenali Edward Christopher Sheeran atau nama popular nya Ed Sheeran. 

Beliau dilahirkan pada 17 Februari 1991 di Halifax, West Yorkshire, dan dibesarkan di Framlingham, Suffolk. Beliau adalah seorang penyanyi, penulis gitar dan penyanyi rekod Inggeris.

Kini dia dikatakan telah menemui cinta sejatinya. Menerusi lama akaun Instagram miliknya, Sheeran telah mengumumkan pertunangnya dengan kekasih pilihan hati nya, Cherry Seaborn.

Sheeran melamar kekasihnya sebelum tahu baru yang lalu. Pasangan sejoli ini sudah berkenalan sejak dari sekolah menengah lagi, namun hubungan mereka mulai serius sejak 2015.

Pada tahun 2016, Sheeran telah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada aktiviti nyanyian, dan menghabiskan masanya dengan menjelajah dunia bersama kekasihnya. Kekasih hatinya seorang pemain hoki kebangsaan England. 

"Inilah kali pertama saya benar-benar dapat peluang untuk jatuh cinta.

"Dan buat kali pertama, saya rasa sudah bersedia untuk membina keluarga bersamanya," kata Sheeran dalam satu temu ramah, tahun lalu.

Dia membuat pengakuan bahawa lagu Perfect ini telah diinspirasikan daripada kisah cintanya bersama kekasih hati. Editor: Ila





Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...