Skip to main content

Dua Beradik Tidak Dapat Dikesan


RAWANG: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dipercayai telah hilang selepas pergi ke sebuah kedai serbaneka yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka di Batu 16, Rawang pada jam 1 petang semalam.

Menurut ibu kepada mangsa, Jamaliah Mohd Sidek, 38, berkata, anak sulungnya, Nur Syafikah Zaki, 14, dan anak keempatnya, Aiman Daniel Zaki didapati tidak pulang ke rumah mereka di Flat Blok A, Aman Setia, Batu 16, Rawang, selepas dia menyuruh anaknya itu keluar untuk membeli susu bayi.

Dalam pada masa yang sama, Jamaliah berkata, bahawa Nur Syafikah atau Ika sempat dilihat sedang berborak dengan seorang lelaki sebelum kejadian tersebut berlaku.

“Ada jiran memaklumkan melihat Ika berborak dengan seorang lelaki berhampiran masjid di rumah sebelum mereka disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah.”

“Selalunya dia akan pulang ke rumah kira-kira 30 minit selepas keluar membeli barang di kedai serbaneka berkenaan memandangkan dia perlu bekerja di pasar malam berhampiran pada 3 petang,” katanya.

Namun, sehingga jam 4 petang semalam, dua beradik tersebut langsung tidak munculkan diri menyebabkan Jamaliah membuat laporan di Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.

Sebelum kejadian berlaku, anaknya ada mengadu bahawa dia ada menerima ugutan bunuh melalui mesej di aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya dua minggu lalu.

Keluarga mangsa sangat-sangat merayu dan mengharapkan bantuan orang ramai yang melihat dua anaknya itu supaya memaklumkan segera kepada polis.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Gombak ketika dihubungi, memaklumkan bahawa pihaknya mengesahkan mereka telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan segera melakukan siasatan untuk mengesan mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dan terlihat mangsa diminta menghubungi bapa saudaranya Mohd Wira di talian 017-6813799; Zaim di talian 019-2983719 atau Firdaus 0139967921. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...