Skip to main content

Cara-Cara Licik Jantan Hidung Belang Pujuk Gadis .


Sudah menjadi lumrah wanita yang mempunyai hati yang lembut dan halus akan mudah cair dengan pujuk rayu lelaki dan termakan dengan kata-kata manis dan beracun itu.

Lelaki yang tidak bertanggungjawab akan mencari pelbagai cara untuk menghancurkan wanita yang menjadi mangsanya.

Wanita itu telah dijaga dan dirawat dengan baik oleh ibu bapanya namun dengan mudahnya lelaki yang yang tidak bertanggungjawab merosakkannya.

Tidak terfikirkah wahai lelaki apabila perkara sedemikian terjadi kepada adik beradik perempuan anda atau anak anda yang bakal lahir nanti.

Wanita diciptakan dengan kelembutan dan kehalusan yang mana akan mudah jatuh hati walaupun dengan sebaris ayat yang ringkas.

Kata-kata lelaki memang mempunyai kekuatan yang luar biasa yang boleh membuatkan hati wanita terjatuh kedalam perangkapnya.

Berikutan adalah contoh-contoh ayat yang biasa digunakan oleh si lelaki untuk mengayat gadis

1. salam. Boleh saya kenal awak? Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Awak budak baik dan saya tertarik la dengan tudung labuh awak. Saya harap kita boleh berkenalan.. ukhuwah fillah orang kata..saya tak straight sangat arab ni…

2. Terima kasih kerana menerima saya. Saya akan cuba sedaya upaya saya menjaga awak dan mengikut syariat. Saya tahu saya bukan baik sangat, tapi demi Allah, saya cuba buat yang terbaik untuk awak

3. Ingat tahu,,jaga aurat elok-elok..jangan bagi orang lain nampak.. keluar dengan kawan-kawan tahu.. jangan sorang-sorang..balik telefon saya ek..saya doakan awak selalu..

4. awak,kenapa tak telefon saya. Saya risau awak keluar lama-lama..ye..memag saya takada hak pun..saya tahu saya percaya awak,,tapi saya tak tahu la nak kata macam mana ini. Kita selalu nampak dari jauh je ek.Tapi saya rasa awak macam dekat saja dengan saya. Mungkin ni orang kata cinta kot,,awak..awak cinta saya tak? taknak bagi tahu.. tapi saya tahu awak cinta saya..awak dah malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan?..kih3. .terima kasih.. i love u too..

5. Awak,,selain keluarga,,Allah dan rasul.. awak sayang siapa yer? Siapa saya dalam hati awak?

6. Awak awak..dari kawan kita just panggil saya awk saja..macam tak special pulak diri saya untuk awak. saya teringin juga nak jadi macam member-member saya. Panggil sayang.. boleh ke? Awak panggil saya bi yer? Rasa macam baby sikit. Tak salah kan.. just panggilan saja..thanks sayang.. love u… ..

7. Yang. kadang-kadang bi tengok sayang ini macam tak percaya bi saja. Yela, bi just tanya sayang pakai apa saja kan .. tq ya bagi tahu,,makin dalam pulak rindu dekat sayang ini… .hihihi..

8. Yang bi nak sayang tahu,,sayanglah segalanya untuk bi,,sayang la pemberi semangat untuk bi… yang… ..bi harap bi dengan sayang tidak ada rahsia lagi ya.. jangan risau..inikan membuktikan bi caring.. so jangan risau..k..yeye. . bi janji akan jaga rahsia kita..just mesej saja kan..love u..bye bye.. mmuahh!

9. Sayang..dah lama kita mesej,,boleh kita jumpa tak? ye..ayang bawak la kawan-kawan k..tq yunk! i love u…. ..

10. Thank you panggil bi dengan panggilan abang.. abang tunggu lama dah..abang tahu..kita tak boleh paksa dalam hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi sayang,,buat apa itu? Nak cakap sikit.. kenapa sayang bawak satu battalion nak jumpa abang?… sayang tak percaya dekat abang eh.. huhu..

12. Sayang..kita jumpa ok?..abang suka sayang pakai tudung yang abang beli itu..macam wardina pula..bukan sayang tak cantik.. just nampak makin cantik la..nipis sikit je.. nanti jumpa nanti sayang bawak seorang sudah la k..

13. Sayang..abang sorry dengan apa jadi tadi.. abang tersentuh jari sayang tadi.. Betul juga cakap sayang eh,,tersentuh takpe..TER.. hehe..makin tebal la pula cinta abang dekat sayang..

14. Thanks jumpa tadi,,sayang cantik la.. Ololo..abang romantik sikit pun salah ke? Suka abang romantik ek? Hehe.. Eh,,tadi jumpa abang dah berani tenung abang ek..hoho.. tengok tadi kawan sayang macam suka dekat kawan abang saja.. senang la kita jumpa lepas ini.. tengok..Allah memberkati hubungan kita.. sayang solat dah ke? Doakan abang sekali ek..miss u..

15. sayang..just nak tanya.. sayang cinta abang berapa percent? Apa tandanya eh? 50% saja… huhu..yang. . just nak tanya..rambut sayang panjang tak? just thinking of u at the moment…

16. Tadi terbeli tudung pendek.. yang abang bagi dekat sayang tu.. sayang..bagi la gambar sayang special untuk abang yang pakai tudung tadi itu.. Cantik nya sayang..gambar ini nak buat wallpaper handphone dengan komputer abang la..

17. Yang.. sayang cintakan abang berapa percent? Sepenuh hati Thanks sayang..love u too.. abang janji,,abang akan jaga sayang baik-baik dan tidak akan tinggalkan sayang…

18. Sayang..dah lama kita couple kan.. takkan abang pegang tangan pun nak marah.. Sayang kan milik abang.. Thank 4 being understanding. .

19. Sayang kata Sayang cintakan abg sepenuh hati.. kalau begitu..apa buktinya Sayang cintakan abang..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…

20. huh!… sayang mengandung? tahu dekat mana… cuba check balik dengan doktor… takkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! betul la sayang mengandung ni?? sayang,,untuk kebaikan kita berdua,,lebih baik sayang gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Kenapa pula taknak? tak berdosa la kalau bunuh benda yang masih tak bernyawa…..gugurkan sajalah!!! jangan buat masalah boleh tak!!

23. Tak sakitlah!!! Kenapa manja sangat ni! Takkan benda mudah macam itu pun tak boleh buat..

24. sorry sayang,,abang tak boleh temankan sayang ke klinik tu,,abang malu kalau terserempak dengan family or member,,malu la abang kalau diaorang nampak abang bawa sayang dengan perut sayang yang besar tu..

25. Apa!! RM 5,000?? kau yang mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak itu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku juga keluarga kau pulaukan kau.. kau tu yang bodoh!! kau ingat kau itu cantik sangat?? aku dah tidak ingin dekat kau!! pergi mampus!
26. jangan call and mesej lagi boleh tak?!.. aku sibuk.. tak ada masa nak layan kau!…

27.(terputus hubungan)

Akhirnya wanita itu mati akibat kegagalan proses pengguguran lalu si lelaki mencari mangsa baru dan kejadian terus berulang.

Wahai wanita yang disayangi, martabatmu sangat tinggi dan islam sendiri telah mengangkat darjat wanita di tempat yang mulia kerana melahirkan generasi islam yang gemilang dari rahimnya.

Jangan biarkan diri terpedaya dengan tipu helah lelaki dan jangan terlalu mudah mengungkapkan perkataan sayang sehingga lelaki yang kamu sayangi itu menjadi suami yang sah.

Jangan mudah termakan dengan godaan lelaki yang belum tentu mahu menjadi suami kamu.

Di akhir zaman, fitnah yang paling besar adalah godaan wanita dan pastikan diri kita tidak menjadi fitnah itu.

Mahalkanlah diri kamu dan masih belum terlambat untuk berubah sekiranya pernah melakukan kesilapan dan dekatkan diri dengan Allah supaya timbul satu benteng yang mewujudkan perasaan malu. Editor:Farhana

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...