Akibat Kasihankan Pengasuh, Ibu Bapa Kanak-kanak Ini Enggan Buat Laporan Polis


Cukup perit apabila melihat keadaan anak kecil ini yang terpaksa menanggung derita kerana melecur akibat terkena air panas atas kecuaian pengasuhnya. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang pengguna di laman Twitter.Mari kita ikuti kisah kanak-kanak malang ini.

Mangsa bernama Mohamad Safiy Solihin Bin Mohd Aiman, baru berumur setahun lebih, dilaporkan telah dikejarkan ke dalam bilik ICU hampir tiga minggu disebabkan kecuai pengasuh yang menjaganya.

Menurut laporan pengasuh tersebut dikatakan meletakkan cerek panas itu di atas lantai. Di sini kita sendiri boleh menilai bahawa pengasuh tersebut bersikap cuai terhadap anak asuhan nya.

Kedua ibu bapa kanak-kanak ini dikatakan tidak mahu membuat report polis atau menyaman pengasuh tersebut kerana kasihan kepada pengasuh itu yang sudah tua dan susah.Kata mereka jika disaman tiada kesudahan nya.Tentu sahaja pengasuh itu tidak mempunyai wang untuk membayar saman tersebut.

Kos perubatan kanak-kanak ini dikatakan mencecah puluhan ribu. Mujur, keluarga ini pernah membuat insurans beberapa bulan yang lalu untuk kanak-kanak ini, jadi di situ dapat lah menampung sedikit kos perubatannya.

Jika di lihat pada jari jemari Solihin kelihatan besi yang dicucuk oleh doktor kerana tidak mahu dia menggenggam atau mengerak-gerak kan tangan nya.

Sebak dan pilu melihat keadaan anak kecil ini,bayangkan jika kejadian ini berlaku pada anak kita sendiri.Ya Allah, tidak sanggup nak dibayangkan.

Solihin sudah beberapa minggu tidak dapat mengerakkan jari jemari tangan kiri nya. Paling sedih sekali ,Solihin hanya mampu melihat sahaja sepupu-sepupu nya berlari dan bermain namun dia tidak boleh menyertai mereka kerana tidak berdaya untuk mengerakkan tangan dan luka nya masih belum pulih.

Pengasuh itu sewajarnya diberikan pengajaran supaya kejadian ini tidak terjadi kepada anak-anak kecil yang lain.Hanya pada awal kejadian sahaja pengasuh Solihin bertanyakan khabar namun akhirnya diam seribu bahasa.

Bagaimana anak kecil ini mahu meneruskan kehidupan nya pada masa yang akan datang dengan kesan parut yang berada ditubuh badan nya apabila meningkat dewasa kelak? Bayangkan lah para pembaca sekalian.Jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat anda semua yang menghantar anak anda ke pusat penjagaan. Editor: Ila