Kerana Dituduh Pukul Anak, Suami Tinju Muka Isteri




SUBANG - Seorang suami bertindak ganas dengan menumbuk muka isterinya selepas menyangka mangsa merotan dua anak kecil mereka.

Mangsa berusia 29 tahun lebam di pipi apabila ditumbuk mendadak sebelum sempat menjelaskan kejadian sebenar, dalam kejadian di Kampung Melayu Subang.

Malah mangsa juga turut dimaki dan ditengking oleh suaminya berusia 39 tahun.

Menurut sumber polis, mangsa ketika itu dikatakan sedang memasak di dapur mendengar bunyi bising disusuli pertengkaran dua anak lelakinya yang berusia lima dan enam tahun.

 "Disebabkan, mangsa yang juga suri rumah cuba untuk meleraikan pergaduhan anaknya dengan meminta mereka bermain bersama dan tidak bergaduh.

Katanya, "pada ketika itu salah seorang daripada anaknya memegang rotan menyebabkan mangsa merampas dan mahu menyimpannya di tempat lain."

Menurutnya lagi, suspek yang melihat mangsa memegang rotan berkenaan lalu terus menumbuk muka wanita terbabit kerana menyangka mangsa merotan anaknya.

"Mangsa juga ditumbuk dua kali di bahagian muka menyebabkannya lebam selain turut di tengking serta dimaki kononnya mendera anak.

Katanya, "wanita itu langsung tidak diberi peluang untuk memberikan penjelasan sebelum suspek berlalu pergi meninggalkan mangsa dalam kesakitan."

Ekoran dari kejadian itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk tindakan lanjut. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha