Ajal 4 Sekeluarga, Proton Iswara Bertembung Dengan Bas Persiaran.

Foto Info RB Ganu & Seluruh Malaysia 
Kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta dan sebuah bas persiaran di Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di depan Penjara Marang di Pulau Kerengga, Marang, dalam kejadian 6.40 petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, empat sekeluarga maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan bas persiaran 

Semua mangsa itu yang masih belum dikenal pasti identiti meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara dinaiki mereka remuk dan terperosok di depan bas.

Ketika kejadian kereta terbabit dari Dungun ke Marang manakala bas berkenaan datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, bas persiaran terbabit dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Hassan Embong berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan pada 6.46 petang sebelum enam pegawai dan anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi.

Menurutnya, kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa agak lama berikutan keadaan kereta yang remuk teruk. - Harian Metro