Skip to main content

Pemandu Grab Kongsi Pengalaman Bawa Gadis Melayu Yang Tiada Adab.


Biasanya saya malas nak tulis posting panjang melainkan blog. Kali ini terpaksa juga menulis panjang untuk berkongsi satu kisah ini tentang wabak yang menular sehingga membunuh watak seorang wanita melayu yang sepatutnya penuh nilai-nilai kesopanan. Khuatir satu hari nanti nilai-nilai ini menjadi mitos barangkali.

Pagi ini saya on Grab memandangkan lama tak kayuh. Hari ini pun tak ada apa-apa appointment. Jadi pagi-pagi lagi saya dah hidupkan kereta dan cari penumpang di sekitar seksyen 7. Kalau-kalaulah ada awek UiTM atau unisel yang comel-comel tersangkut.

Sambil kayuh sambil cuci mata. Tapi sebelum itu ramai rakan-rakan yang memandu grab/uber pernah meluahkan rasa malas nak ambil penuntut-penuntut perempuan melayu ini. Tak ada adab katanya. Dia orang lebih senang ambil penumpang perempuan bukan muslim.

Dalam tengah mengelamun tiba-tiba ping masuk di kawasan perumahan dan ada permintaan untuk ke UiTM. Setibanya di kawasan tersebut dari jauh nampak seorang gadis yang agak selekeh macam tak mandi. Muka pun nampak macam terpaksa bangun tidur. Dalam hati ini mesti bangun lewat sebab semalam berdating.

Pintu dibuka dan BAMMM!!! Ceh dia hempas pintu kereta aku??? Dahlah salam tak diberi. Dipendekkan cerita sampai saja dilokasi drop off si gadis melayu tersebut hulur duit Rm4.00 dan buka pintu. Belum sempat dia tutup pintu saya pesan dekat dia"tutup pintu perlahan-perlahan ya, tambang awak tak menampung kerosakkan pintu saya". Dengan muka sengih macam kerang busuk si gadis tutup pintu dengan perlahan dan berlalu tanpa ucapan terima kasih mahupun salam.

Kemudian masuk pula request ke dua pickup point di Kolej Melati. Sesampai di sana kira-kira 3 gadis sudah menunggu. Dari jauh salah seorang dah menunjuk-nunjuk ke arah kereta saya dan kumpulan gadis-gadis ini dari jauh dah tersengih-sengih sesama sendiri. Mungkin kerana kecantikan kereta saya atau kerana kekacakkan saya barangkali.

Tapi firasat kuat kerana kekacakkan saya. Pintu dibuka dan BAM BAM BAMMM!!! Mak aii. Sama juga perangai. Dalam hati nak tegur tapi khuatir 'saham' jatuh nanti. Dahlah saya dalam proses nak mempromosikan iklan review tentang grab dengan Grab HQ. Hmmm tak beri salam juga.

Dalam pada masa nak ke destinasi, riuh rendah la diorang berborak. Dah macam KL gangster pula bahasa dia orang. Babi, sial, celaka dan semua keluar dalam gurauan. Bertudung pula itu. Tiba-tiba salah seorang ajak berborak. "Bang... Tak sayang kereta ke kereta sport macam ini buat grab?" Aku senyum sambil balas "mana ada rezeki halal saya sapu saja".

Tiba-tiba gadis yang duduk belakang menyampuk "Abang dah ada teman wanita ke? Kawan saya ini tawarkan abang jadi balak dia" "Kimak la kau". Balas rakan disebelah sambil tersengih dan disahut gelakkan rakan-rakan . Aikk? Berani benar minah-minah ini. Aku pulak yang malu kena usya. Sampai di destinasi saya sempat pesan tutup pintu perlahan-lahan. Hanya salah seorang dari 3 gadis ini saja yang ucap terima kasih.

Biasanya saya rancak berborak dengan penumpang tapi bila berdepan dengan spesis macam ini mati akal jadinya. Berbeza pulak dengan penuntut lelaki yang saya pickup dengan penuh adab dan hormat dia orang masuk dan beri salam. Rancak kami berborak. Respek itu ada.

Lepas ini jangan hairan kenapa abang-abang atau kakak-kakak grab/uber dingin saja bila pickup penuntuyt-penuntut ini. Jawapan dia ada dalam coretan ini.

Sebenarnya bukan sekali ambil pelajar perempuan macam ini. Pernah satu hari ambil pelajar universiti/ kolej spt MSU, Unisel dan lain-lain pun sama. Bukan tak ada yang beradab tapi sangat susah nak jumpa.mungkinkah spesis gadis melayu yang disemai dengan adab-adab melayu ini semakin pupus? Sepatutnya senakin tinggi tahap intelektual semakin tinggi nilai kesopanan dan keberadaban dalam diri. Itu belum lagi buka cerita gadis-gadis MELAYU di Bigo,Tumblr dan sebagainya.

Sangat ketara nilai-nilai adab kesopanan gadis melayu berbanding gadis bukan melayu. Bukan nak membandingkan tapi inilah hakikat. Tak percaya tanyalah pemandu-pemandu grab dan uber mereka lebih senang dengan passenger bukan non muslim. Bukan kerana seksi atau sebagainya tapi disebabkan adab mereka.

Mereka tak pandai beri salam tapi tak pernah lagi admin ambil mereka tanpa greeting dari mereka. Sekurang-kurangnya perkataan Hi, Hello dan terima kasih/thank you dengan senyuman manis tak pernah lekang.

Nak drive pun hati ada syok. Jujur saya cakap tak pernah lagi penumpang non malay tak ucap greeting dan terima kasih. Mereka lebih beradab dari gadis melayu yang secara teorikalnya penuh dengan nilai murni kononnya.

Kenapa coretan ini memfokuskan kepada siswi melayu sahaja? Cerita tentang grab ini hanyalah contoh situasi sahaja. Fokus utama perlu diingatkan bukan nilai intelektual sahaja lambang seorang muslimah dan seorang melayu.

Rohani dan adab kesopanan juga perlu seimbang. Dah la rata-rata lepasan siswazah perempuan melayu letak harga hantaran tinggi tapi belum tentu tahu masak dan pandai jaga hati bakal suami. Seharusnya mentaliti ayah-ayah dan ibu-ibu harus berubah.

Meletakkan hantaran seseorang anak perempuan tak patut diukur dengan kelayakkan atau sijil-sijil yang dimiliki anak tapi perlu diukur dengan tahap berapa suburnya nilai-nilai insaniah dalam diri anak.

Kalau dah tahu anak perangai terkinja-kinja macam beruk, rambut karat, gigi berkerak sebab merokok, suka pakai ketat tapi bertudung, bahasa pergaulan ala-ala KL gangster hembus asap vape macam naga lepas itu live dekat group facebook tak payahlah letak hantaran tinggi-tinggi.

#DoneDakwah Lepas ini saya nak ulas pasal gadis-gadis melayu jual diri di BIGO pulak. Kalau malas baca saya lukis saja lepas ini. - Sila Meninggal

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...