Skip to main content

Johor Darul Ta’zim Punca Harimau Malaya Merosot?

Baru-baru ini dapat dilihat kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan, menurut Datuk Jamal Nasir Ismail yang merupakan bekas pertahanan skuad Olimpik Moscow 1980 ianya mungkin adalah berpunca daripada penghijrahan pemain bintang tempatan ke Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurut laporan Harian Metro, beliau memberitahu trend kemerosotan itu dapat dilihat sebaik tonggak kebangsaan yang begitu menyerlah sebelum menyertai JDT seakan kehilangan sentuhan apabila mereka kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

Katanya, tindakan JDT ‘menyapu bersih’ semua pemain hebat tempatan yang kemudiannya sekadar memanaskan bangku simpanan, cukup merugikan terutamanya buat skuad kebangsaan.

“Kita faham komitmen JDT yang beraksi dalam pelbagai kejohanan tempatan serta Piala AFC di mana mereka memerlukan ramai pemain untuk digunakan.

“Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita lihat mereka tetap menurunkan pemain sama dan import sama dalam setiap aksi.

“Mana perginya pemain bintang tempatan yang suatu ketika cukup menyerlah bersama pasukan lama. Tapi sebaik ke sana (JDT), mereka jarang bermain dan akhirnya sentuhan juga turut hilang.

“Jadi persoalan saya, mampukah mereka ini menyumbang kepada pasukan jika di kelab pun mereka jarang bermain. Mungkin ramai tak sedar perkara ini. Memang JDT hebat, tetapi adakah kehebatannya membantu pasukan Malaysia?” soalnya hari ini.

Menurut Jamal, berbanding pemain dahulu, pemain sekarang sudah tidak ada semangat juang tinggi untuk bermain demi maruah negara, sebaliknya terperangkap dengan istilah bola sepak moden yang meletakkan duit sebagai keutamaan.

“Patutnya kelab berperanan untuk membantu negara memiliki sebuah pasukan kebangsaan yang kuat. Bagaimanapun, situasi itu berlawanan di sini apabila kelab dan pasukan lebih mengutamakan kepentingan diri.

“Pemain sekarang tak kisah kalau ‘diperap’ lama-lama pun asalkan gaji tinggi. Bila lama tak main, kesannya pula terpalit kepada pasukan kebangsaan,” katanya yang mendesak supaya lebih ramai pemain muda diberi peluang untuk mewakili Harimau Malaya.-Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut