Skip to main content

Nedim Gembira Nora Danish Hamil 3 Bulan.

Pasangan Nedim Nazri serta Nora Danish baru sahaja mendirikan rumah tangga lima bulan yang lepas iaitu pada 30 haribulan Mac yang lalu.

Kini selepas lima bulan menjalani kehidupan suami isteri, Nora Danish telah tampil berkongsi berita mengenai kehamilannya bersama peminat semua.

Menurut Nora, dia kini sedang hamil tiga bulan dan dia amat gembira dengan rezeki yang diterimanya itu apatah lagi suaminya Nedim amat teruja dengan kehamilannya itu.

Nora yang kini berusia 35 tahun dinasihatkan oleh doktor supaya tidak bersikap terburu-buru kerana ini barulah di peringkat awal kehamilan.

"Apatah lagi dengan usianya sekarang apa sahaja boleh berlaku dan saya perlu lebih berhati-hati, malah atas nasihat doktor serta suami juga menyebabkan karier seninya terpaksa diperlahankan.

"Tetapi itu tidak jadi masalah kepada saya kerana buat masa sekarang tumpuan saya ketika ini hanyalah untuk menjaga kandungan agar selamat," katanya.

Nora Yang juga merupakan seorang pengusaha fesyen Owl By ND memberitahu bahawa  mereka berdua amat teruja dengan kehamilan ini walaupun mereka telah pun mempunyai pengalaman memiliki  anak.

Ini kerana bagi mereka ini adalah bukti tanda cinta antara mereka dan Nora memberitahu bahawa kini impian anaknya Rayqal untuk memiliki adik akhirnya tercapai juga.

Ini kerana sebelum ini dialah yang beria-ria mahu saya berikan adik kepadanya dan impiannya itu seakan dipermudahkan dengan berita kehamilan saya ini.

"Kami tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan tapi jika anak perempuan pun okay juga boleh jadi penyeri dalam hidup kami, tetapi itu semua masih terlalu awal untuk dijangkakan. - Astro Gempak

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...