Skip to main content

Lawak Zizan Di Festival Filem Malaysia ke-29 Menghina Anak Seni.

Selepas kecoh dimedia sosial mengenai kenyataan Datuk Hans Isaac yang seperti terasa dengan lawak yang dibuat oleh Zizan Razak ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-29 iaitu semalam.

Kini seorang pelakon serta usahawan popular Datuk Seri Shah Rezza, 55 tahun iaitu merupakan sahabat kepada Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof tampil pula melahirkan rasa kekesalannya terhadap pengacara Zizan yang menjadikan sahabatnya itu sebagai bahan lawak.

Melalui kenyataannya di Harian Metro memberitahu bahawa pengacara itu mungkin tidak tahu menahu pasal kedudukan Datuk yang dianugerahkan kepada seorang anak seni.

“Dari zaman kesultanan Melayu Melaka, penganugerahan Datuk adalah hak Sultan dan ia berterusan sehingga ke hari ini.

“Sultan berhak untuk beri gelaran kepada sesiapa saja termasuk anak seni. Kebetulan Sultan Pahang paling banyak menganugerahkan gelaran itu kepada anak seni sebab Tuanku memang meminati seni Melayu,” katanya.

Katanya, Istana Pahang memang aktif membantu anak seni dan ahli sukan sedari dulu tanpa mengharapkan balasan.

Pelakon era 1980-an itu mendedahkan, ramai tidak tahu pihak istana Pahang sering memberi sumbangan wang kepadanya untuk disumbangkan kepada artis yang sakit dan hidup melarat.

Malah Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan juga sering membuat sumbangan ikhlas yang besar kepada masyarakat tanpa publisiti meluas.

Shah Rezza akui jenaka oleh Zizan sangat tidak sensitif dan boleh dianggap menghina institusi istana.

Katanya, pihak istana boleh bertindak ke atas sesiapa sahaja jika ia terlalu mengaibkan.

Beliau berpendapat, mana-mana artis yang mendapat gelaran Datuk wajar merasa terhina dengan jenaka yang dilontarkan Zizan.-Harian Metro

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...