Skip to main content

Hans Isaac Terasa Gurauan Kasar Zizan Di Festival Filem Malaysia

Semalam telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-29 yang turut menampilkan beberapa orang artis berbakat yang di jadikan sebagai pengacara festival berkenaan dan diantara artis tersebut adalah Zizan Razak beserta tiga pelakon wanita iaitu Siti Elizad. Elizabeth Tan serta Thanuja Anathan.

Kehadiran Zizan yang dikenali sebagai seorang pelawak dan pelakon sebagai pengacara sudah pasti menghangatkan lagi festival berkenaan dengan komedinya serta karakter bersahaja yang dibawanya setiap kali berada di atas pentas.

Namun begitu bukan semua orang yang dapat menerima diri dijadikan bahan lawak ketika di atas pentas dan itulah yang berlaku kepada Datuk Hans Isaac.

Menurut laporan Suara TV, Datuk Hans Isaac yang merupakan seorang pelakon lelaki serta pengarah terkenal telah membuat satu perkongsian pada malam tadi menerusi akaun Instagramnya dengan mengucapkan tahniah kepada semua pemenang di anugerah tersebut.

Namun bukan sekadar ucapan tahniah sahaja malah Hans juga turut menulis beberapa ayat yang terlihat seperti dia terasa hati dengan gurauan Zizan terhadapnya.

“Congratulations to all the winner tonight at festival film malaysia . But we really need to get our film festival act together . I did not even have a seat ready for me when I arrived as a presenter . Next year will be my 25th year in this industry. Having said that , After 30 over feature film as an actor / director / writer & producer … and winning 3 awards at FFM previously , I don’t think the comment by the FFM host zizan was called for. But guess thats the level of comedy the host had tonight !, tulis kapsyennya, petik MH.

Ketika Hans dipersilakan naik ke pentas, Zizan telah bergurau dengan Hans di mana dia berkata,

“Beli ke datuk….baju baju yang saya maksudkan adalah baju,” ujar Zizan kepada Hans.

Adakah disebabkan ayat gurauan ini membuatkan Hans terasa sehingga berkongsi luahan rasanya di Instagram?

Pengikut Hans di Instagram juga turut merasakan bahawa gurauan Zizan itu sedikit keterlaluan.

wadacullen: @zakyahyasok dia buat lawak psl status dato, smada dato tu beli atau dapat, tpi dia buat2 tnya psl baju.

wadacullen: terkejut jugak dengar zizan slumber cakap mcm tu smlm. sabarlah….

zers13: Those comedian need to learn about manners. Maybe teguran ini agak kasar,but duit buat lawak berkepuk pon kalau xda education tinggi xkemana bro. Be wise and matured. People nowdays make joke bout others for fun(duit).

Namun begitu terdapat juga segelintir netizen yang memberikan komen jika tidak mahu diri dijadikan bahan gurauan sepatutnya pihak penganjur jangan ambil pelawak sebagai pengacara.

quejayy: Just pandangan, klo xnk ad lawak or bahan, sepatotnye penganjur xyh amek pelawak jd host… and btw, tgk time anugerah oscar tuu… dieorg lg la, bahan kaw2… n rilek je sume and audience sume suppor.- Suara.TV

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...