Ikat jamin Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos perlu dibatalkan kerana menghina sistem keadilan, kata jawatankuasa undang-undang jenayah Badan Peguam Malaysia, Baljit Singh Sidhu hari ini. "Ia adalah penyalahgunaan prosedur jenayah dan ikat jaminnya harus dibatalkan. "Ia merupakan penghinaan terhadap prosedur jenayah apabila seseorang yang dibenarkan diikat jamin secara tiba-tiba melarikan diri dan kemudian mahu menyerah semula (kepada polis)," katanya kepada Malaysiakini. Jamal minggu lalu menghilangkan diri dari bilik wad Hospital Pakar Ampang Puteri selepas didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan di hospital berkenaan. Dia dituduh melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Bagaimanapun, ketua gerakan Baju Merah itu menghilangkan diri dari hospital berkenaan sebelum proses ikat Jamin selesai. Jamal kemudian muncul semula dan menafikan melarikan diri daripada tahanan polis, sebalikny...