Sulawesi Utara, 5 Oktober 2025 – Sebuah video tular di media sosial memperlihatkan seorang wanita memarahi dan mengusir ibu mertuanya yang datang berkunjung ke rumahnya. Insiden itu mengundang pelbagai reaksi warganet selepas diketahui berpunca daripada dendam lama yang telah tersimpan selama 18 tahun. Menurut laporan, pada tahun 2007, wanita berkenaan yang ketika itu baru berkahwin dan masih hidup dalam keadaan serba kekurangan dikatakan menerima layanan buruk daripada mertuanya. Malah, hubungan perkahwinannya dengan anak lelaki wanita tersebut pada awalnya tidak direstui. Akibat perselisihan itu, wanita berkenaan bersama suami dan anak mereka diusir keluar dari rumah mertuanya, bahkan anak kecil mereka ketika itu tidak diakui sebagai cucu oleh keluarga sebelah suami. Namun, selepas hampir dua dekad berlalu, pasangan itu berjaya mengubah nasib hidup dan kini hidup dalam keadaan mewah serta memiliki rumah sendiri. Puncak konflik tercetus baru-baru ini apabila ibu mertua datang berkunju...