Skip to main content

𝟱𝟱 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔



PUCHONG, 8 September 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus melaksanakan amanah melalui tindakan penguatkuasaan imigresen yang tegas dan berintegriti.

Dalam serbuan yang dijalankan di sebuah medan selera di Puchong pada jam 6.30 petang hingga 7.30 malam, seramai 95 pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat JIM Putrajaya telah melakukan pemeriksaan ke atas 334 individu yang terdiri daripada 60 warga asing dan 274 warganegara tempatan.

Hasil pemeriksaan, 55 orang warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka terdiri daripada tujuh warganegara Indonesia, tiga warganegara Bangladesh, seorang warganegara Pakistan, 41 warganegara Myanmar dan tiga warganegara Vietnam yang berusia antara 23 hingga 47 tahun. Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketika operasi, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, sekali gus menyukarkan proses tangkapan. Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa dan lain-lain pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Seiring prinsip Kerajaan MADANI yang menekankan undang-undang tanpa kompromi serta perlindungan terhadap kesejahteraan rakyat, JIM menegaskan bahawa sebarang cubaan melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...