Skip to main content

Pemandu 4x4 langgar suami isteri dihukum penjara 30 hari, denda RM12,000


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pemandu Nissan Navara yang tular selepas terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kecederaan terhadap sepasang suami isteri di Lebuhraya Utara–Selatan, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Jurujual aksesori kereta, K Darmaraju, 32, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap, iaitu 11 Mei lalu. Kesalahan yang dilakukan juga akan direkodkan dalam lesen memandunya, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama 12 bulan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berwarna hitam secara melulu di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) menghala ke pusat bandar sebelum Plaza Tol Duta, pada jam 2.30 petang, 10 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.

Ia turut memperuntukkan kehilangan kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun serta pembatalan lesen percubaan.

Menurut fakta kes, semasa kedua-dua mangsa sedang menunggang motosikal, kenderaan yang dipandu tertuduh memotong secara tidak selamat sebelum melanggar motosikal tersebut dan meninggalkan lokasi tanpa berhenti.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah.
Semasa prosiding, peguam S Vinesh yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman minimum atas alasan baru mendirikan rumah tangga dan perlu menyara keluarga termasuk ibu bapa.

“Dia memohon maaf kepada semua pihak terlibat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang,” katanya.

Namun, Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Syazwan Hasifi mencadangkan hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda berdekatan Plaza Tol Jalan Duta.

Susulan kejadian itu, pemandu terbabit ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan. -Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...