Skip to main content

Long Tiger dipenjara 12 tahun, lima sebatan rogol isteri orang baru keguguran



MUAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan terhadap Long Tiger kerana didapati bersalah merogol seorang wanita berstatus isteri orang, kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 36, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapinya.

Irwan dalam penghakimannya berkata, alasan keputusan itu adalah selepas mahkamah mendapati pembelaan daripada tertuduh lebih kepada bersifat penafian semata-mata.

Malah katanya, pembelaan dibuat tertuduh juga tidak dapat menyangkal kes prima facie pihak pendakwaan.

“Selepas mendengar hujahan lisan dan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak, mahkamah dalam kes ini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Selain itu, mahkamah mendapati bahawa keterangan daripada isteri tertuduh yang juga saksi pembelaan ke-11 (SP11) lebih kepada rekaan semata-mata dan tidak boleh dipercayai,” katanya.

Sepanjang perbicaraan itu berlangsung, pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi.

Mengikut pertuduhan, Long Tiger didakwa merogol wanita berusia 19 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak antara pukul 1 tengah hari dan 2.05 petang pada 26 September 2019.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Arif Marzuki mencadangkan agar mahkamah mengambil kira kepentingan awam serta kesalahan dilakukan tertuduh sangat serius hingga meninggalkan kesan trauma.

“Lebih menjijikkan apabila tertuduh merogol mangsa yang baru beberapa hari mengalami keguguran. Mangsa adalah pekerjanya hingga sanggup diperlakukan sedemikian,” hujahnya.

Pada prosiding itu, mahkamah memutuskan hukuman penjara dikenakan ke atas Long Tiger berkuat kuasa dari tarikh ditangkap, 7 Ogos 2021.

Ketika ini, Long Tiger sedang menjalani hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Majistret Tangkak mendapatinya bersalah mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Bapa dua anak itu perlu menjalani hukuman itu dan diikuti Seksyen 376 (1).

Pada 20 Januari 2022, Long Tiger dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh mahkamah yang sama kerana melarikan diri daripada tahanan pada 11.55 pagi, 15 Disember 2021.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Mahkamah Tinggi Muar pada 1 Jun 2022 membatalkan perintah melepas tanpa membebaskan Long Tiger yang dibuat oleh Mahkamah Majistret Tangkak pada 17 Mei.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mendapati terdapat kekhilafan ketika perintah berkenaan dikeluarkan bagi tuduhan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.
ArtikelMalaysiaGazette

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...