Skip to main content

Mak Nyah Jadi Mangsa Doktor Palsu


Seorang lelaki berperwatakan wanita terpaksa menahan sakit selama dua tahun selepas pembedahan membesarkan payudara tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Ini selepas, semakan mendapati doktor yang diupah sebanyak RM23,400 adalah palsu yang tidak mendapat tauliah daripada pihak berkaitan.

Mangsa, Alice Loo berkata, dia menjalani pembedahan ‘asetnya’ itu di sebuah klinik estetik di ibu negara, kira-kira dua tahun lalu.

Dia menghabiskan wang sebanyak RM23,400 bagi mendapatkan saiz payudara impiannya selepas melihat promosi di laman Facebook.

Disebabkan terlalu percaya dengan hantaran yang dibuat oleh klinik tersebut, Alice menjalani pembedahan, namun selepas beberapa bulan dia mengalami kesakitan pada bahagian payudaranya.

“Doktor yang terlibat dalam prosedur pembedahan itu menyuruh saya melakukan pengimejan resonans magnet (MRI) di sebuah hospital di Ara Damansara, Petaling Jaya, namun saya dimaklumkan terdapat komplikasi kesan pembedahan tersebut.

“Disebabkan rasa terlalu sakit, saya kemudian membuat aduan kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Pihak MMA mengesahkan bahawa klinik tersebut beroperasi tanpa lesen oleh seorang doktor warga China.

“Saya juga disarankan supaya membuat laporan di Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Alice memberitahu, hasil maklum balas, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menggesanya supaya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Disebabkan menanggung kesakitan terlalu lama, Alice memberitahu payudaranya seakan tidak seimbang dan kerap berasa sakit pada bahagian kanan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan jawapan daripada pihak berkuasa berhubung kes tersebut.

“Pada 30 April lalu kami membuat laporan polis buat kali kedua dan memasukkan spesifik undang-undang yang mana siasatan perlu dijalankan di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan kerana penyamaran.

“Bagaimanapun, sehingga ini kami tidak dapat maklum balas daripada polis. Mangsa turut memaklumkan klinik tersebut kini mempunyai cawangan di Johor,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...