Skip to main content

Rayu Pihak Istana Selesaikan Masalah Tanah Adat Di Sabah


KUALA LUMPUR: Beberapa penduduk perkampungan dalam daerah Sabah menerusi Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (Pakin) merayu agar pihak istana membantu mereka menyelesaikan isu pemilikan tanah adat.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mereka ingin memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar memberikan saranan kepada agensi berkaitan bagi menyelesaikan isu permasalahan tanah yang berlaku di Kampung Montoki, Ranau; Kampung Minusoh, Tongod; Kampung Mt Pock, Semporna; Sepulut, Nabawan; Madai Baturung, Kunak.

“Isu ini melibatkan sebahagian rakyat Sabah yang mana penduduk asal yang telah duduk ratusan tahun dihalau dari rumah mereka sendiri.

“Sekiranya masuk di kawasan tanah mereka dan kemudiannya ditahan reman sehingga digelar penceroboh di tanah adat mereka sendiri yang mana mereka juga penduduk asal, di mana mereka nak pergi?” Soalnya ketika sidang akhbar di hadapan Istana Negara hari ini.

Terdahulu, mereka menyerahkan memorandum kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan ulasan dan pendapat mengenai saranan kepada agensi yang berkaitan menyelesaikan isu tanah melibatkan beberapa daerah di Sabah.

Memorandum diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd. Husni Yusof oleh tiga wail iaitu Hishamuddin; Penyelaras MHO Sabah, Kapten (B) Jerry Jaimeh dan wakil penduduk dari Semporna, Yusrie Yusup.


Jelas Hishamuddin, masalah tersebut timbul selepas penduduk asal membuat permohonan geran tanah tetapi permohonan mereka tidak dibatalkan sebaliknya diberikan kepada syarikat luar.

Menurutnya, mereka telah membuat aduan di peringkat daerah sehinggalah kerajaan negeri dan kepada Perdana Menteri namun tiada tindakan yang diambil untuk mendapatkan penyelesaian isu tanah adat mereka.

Hishamuddin berkata, penduduk asal tanah adat itu juga diperkenalkan program geran komunal yang mana mereka dijanjikan oleh pihak syarikat terbabit untuk membayar dividen 40 peratus dan syarikat 60 peratus namun dividen tersebut tidak dibayar dan hanya mendapat duit pendahuluan sebanyak RM500 untuk mereka keluar dari tanah tersebut.

Hishamuddin menyifatkan program geran komunal itu gagal membasmi kemiskinan penduduk asal malah menambah kemiskinan sehingga hilang tanah adat mereka diami selama ini.

Sementara itu, Jaimeh berkata, seramai tujuh wakil dari tujuh daerah yang mana setiap daerah mewakili 10 ahli keluarga di Sabah hadir menuntut keadilan tanah adat mereka.

“Kita berharap agar suara ini mendapat perhatian yang kami sudah perjuangkan selama setahun namun sehingga hari ini belum mencukupi meskipun sudah ada beberapa tindakan diambil.

“Kami berharap agar pihak istana dapat memberi saranan kepada kerajaan dan kerajaan negeri yang boleh mendapatkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Selain itu menurut wakil penduduk Kampung Serudong Laut, Salina Lingutan, 41, rumah yang satu-satunya menjadi tempat tinggal keluarganya dibakar pihak syarikat terbabi.

Katanya, beberapa penduduk telah beberapa kali ditangkap dan direman oleh pihak polis kerana dikatakan menceroboh sedangkan mereka memasuki tanah dan rumah mereka sendiri.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Nandagan, Keningau, Kaat Sairup, 56, mereka tidak mahu berpindah sekiranya diberikan tempat baharu oleh pihak syarikat terbabit kerana telah duduk di sana sekian lama.

Katanya, sebahagian penduduk di beberapa daerah yang terlibat merupakan generasi ketiga, keempat dan kelima dari keluarga mereka yang tinggal di tanah adat itu.

Beliau juga menyeru agar isu itu mendapat jalan penyelesaian agar generasi akan datang tidak lagi jadi pengemis atau pencuri dan ke hulu ke hilir mencari rezeki untuk keluarga mereka. – UTUSAN

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...