Skip to main content

Warga Emas Rugi RM140,000, Angkara Tanah Lot Lidi


Sepasang suami isteri terpaksa berputih mata apabila hajat mereka mahu memiliki tanah dan rumah, tidak kesampaian selepas ditipu oleh sindiket jual beli tanah pertanian lot lidi di Dengkil, Selangor.

Pasangan itu diperdaya hingga membeli dua lot tanah berkeluasan 7,000 kaki persegi di Batu 29, Jalan Jenderam Salak pada tahun 2017.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Azlan, 60, mendakwa membayar RM140,000 secara tunai kepada penjual berkenaan pada 19 September 2017 serta perjanjian jual beli itu berlaku di sebuah pejabat peguam di Shah Alam.

"Selepas itu, saya pun menunggu tindakan untuk menukar hak milik tanah tersebut kepada saya sebagai pembeli.

"Daripada tahun 2017 itu, beberapa siri rundingan seperti pertanyaan dan sebagainya di pihak saya (telah dibuat) untuk mengetahui status tanah tersebut sama ada telah ditukar kepada saya.

"Sampai sekarang, saya tidak mendapat apa-apa maklum balas daripada penjual. Penjual juga tidak dapat dihubungi dan pejabat juga telah ditutup," katanya pada sidang medianya di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN), En Zack PAKIN, dan Penasihat MHO, yang juga Presiden kepada Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan.

Azlan yang bekerja di sektor swasta menambah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada dua minggu lalu berkenaan perkara tersebut.

"Saya dapati apabila saya pergi ke IPD Shah Alam, mereka juga telah banyak menerima kes-kes seperti ini dan mencadangkan kepada saya untuk mengambil tindakan sivil," katanya.

Menurut En Zack PAKIN sekiranya ada lagi mangsa yang ditipu oleh penjual tanah lidi ini boleh hubungai beliau untuk bantuan guaman di nombor 0133111136.

Dia juga turut menyatakan menghadapi kebuntuan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Hishamuddin menggesa agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kes terbabit sebagai jenayah penipuan.

"Rata-rata daripada maklumat yang kami terima, apabila laporan polis dibuat berkaitan lot lidi ini sebahagian daripada pegawai penyiasat meminta supaya mengklasifikan kes ini sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) dan meminta pengadu untuk merujuk kepada majistret atau memulakan saman sivil.

"Ini mendukacitakan kita. Kalau kita nak memulakan saman kepada syarikat tersebut yang mempunyai reputasi saya tidak ada masalah sebab syarikat ini mempunyai aset.

"Tetapi bagaimana dengan syarikat yang tidak mempunyai aset?," soalnya.

Katanya, sekiranya syarikat itu tidak mempunyai aset, mereka tidak boleh membayar pampasan kepada pembeli lot tanah ini.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...