Skip to main content

MHO, PAKIN, MCCC, Gesa Hukuman Penjara Kepada 'Ibu Kutu Sapiza' Yang Perdaya Ramai Mangsa


SUNGAI BESI: Jenayah penipuan skim pelaburan sepatutnya disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh memenjarakan penjenayah.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

Hishamuddin berkata, kebimbangan MHO terhadap isu skim pelaburan kutu secara haram ini apabila mahkamah lebih cenderung mengenakan hukuman denda berdasarkan Seksyen 3 (1) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

“Di bawah akta berkenaan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya.

“Kebimbangan MHO jika kes seperti ini disiasat, hanya dituduh mengikut akta larangan kutu tidak akan memberi keinsafan kepada penjenayah kerana dibawah akta ini penjara adalah pilihan dan berdasarkan trend, mahkamah cenderung untuk mengenakan denda sahaja.

“Mereka yang dijatuhkan hukuman diarahkan membayar sejumlah denda (maksimum RM500,000) sedangkan kerugian mangsa babitkan puluhan juta ringgit.

“Ada penjenayah sebelum ini selepas bayar denda, mereka membuka pelaburan lain dikenali MBI pula.

“Jadi, saya sarankan kepada pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Sekuriti (SC), pihak polis dan Peguam Negara supaya meneliti tuduhan penipuan pelaburan perlu didakwa mengikut Kanun Keseksaan agar mereka dihukum penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mangsa-mangsa skim pelaburan kutu ditipu wang kutu, dilarikan ‘scammer’ Saving Sapiza, di sini.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN), En Zack PAKIN, dan Penasihat MHO, yang juga Presiden kepada Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan.

Berdasarkan maklumat, pelaburan Saving Sapiza didalangi seorang wanita berusia 37 tahun dikenali sebagai Ibu Kutu.

Ibu Kutu berkenaan ditahan reman oleh polis semalam bersama enam individu lain hasil pendedahan dan maklumat awam.

Selain daripada Sapiza di dalam pelan ini terdapat beberapa orang ketua (leader/admin) dan pelabur-pelabur sebagai player.

Pelan pelaburan kutu ini sudah wujud sejak tahun 2015 menggunakan platform Whatsapp, Instagram, Facebook dan Telegram untuk beroperasi walaupun tanpa bangunan syarikat.

Ia dikatakan menyediakan beberapa pakej dan masa tertentu untuk tarikh pulangan wang modal serta keuntungan sebanyak 60 peratus setiap pakej.

Pada awalnya, pelabur skim menerima pulangan dijanjikan namun pelaburan mereka mulai lebur (tidak terima pulangan) pada tahun lalu.

Sebagai contoh pakej yang ditawarkan adalah RM5,000 dan terima ekstra duit (lebihan modal) RM1,000 dalam tempoh 15 hari.

Main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Hishamuddin menjelaskan, tiga elemen yang akan memenuhi kesalahan jenayah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu, seperti pihak scammer memperdaya mangsa, berlaku serahan harta bagi tujuan memperdaya dan mendatangkan kerugian serta mempunyai niat untuk memperdaya pengadu dengan curang.

Bagi mana-mana individu yang melakukan penipuan dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan, disiasat melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574), jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun. -  Media Variasi

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...