Skip to main content

2 Minah Rempit Dicekup Lakukan Aksi 'Zig-Zag', 'Superman'


Polis menahan enam individu termasuk dua wanita kerana melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Kilometer (KM) 257 hingga KM 269 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, arah utara awal pagi tadi.

Dua wanita tersebut berlumba motosikal bersama empat lelaki lain dan melakukan aksi 'zig zag', 'superman' serta menunggang secara berbahaya 

Menerusi Op Samseng Jalanan pada jam 1.40 pagi itu, sepasukan anggota dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 27 tahun.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata mereka didapati membuat kesalahan dengan berlumba sesama sendiri sambil melakukan aksi 'zig-zag' dan 'Superman'

"Kita kesan suspek buat aksi amat berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain, jam 1.15 pagi.

"Malah dua wanita terbabit menunggang motosikal lebih laju daripada lelaki terbabit ketika bersaing sesama sendiri.

Katanya, mereka bersama motosikal Yamaha Lagenda ZR, Yamaha Y15ZR, Yamaha LC135, dan Yamaha Y15 kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek kemudian memberhentikan motosikal mereka di sebuah stesen minyak di Technology Park, Sungai Besi dekat lebuh raya berkenaan, dalam keadaan selamat.

"Polis tahan semua suspek di situ jam 1.40 pagi. Mereka bersama motosikal ditunggang dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut