Skip to main content

Tolonglah doktor Saya Kesian Sangat Pada Anak Saya Ini 😭😭

KUALA LUMPUR - Puan, anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua. “Tolonglah doktor.

Saya kesian sangat pada anak saya ni." Ini antara kata-kata yang kedengaran di wad hospital pada musim penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Perkongsian ini dicatatkan menerusi Facebook seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang menceritakan betapa risiko jangkitan Covid-19 boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, termasuk bayi.

"Dari dalam cermin kaca, kami lihat dengan jelas bayi yang baru berusia empat bulan telah didiagnos positif Covid-19 pada ujian pertama. Kini selepas beberapa tempoh perlu ambil lagi ujian untuk kali kedua.

"Menitis air mata ibunya melihat anaknya diperlakukan begitu. Memang satu pemandangan yang sayu tapi kami bukannya kejam. Kami bukannya tiada hati perut," tulis Dr Ahmad.

Beliau menjelaskan bahawa proses ujian kedua itu wajib dilakukan supaya petugas kesihatan dapat memastikan keputusan ujian yang diperoleh adalah tepat.

Selain itu, katanya virus Covid-19 kini merebak dengan cepat dan datang dari pelbagai kluster yang belum dapat dikenal pasti.

"Covid-19 ini tak mengenal siapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi. Tidak juga ia memilih warna kulit apatah lagi kaum. Kita jaga kita," katanya.

Justeru nasihat Dr Ahmad kepada semua rakyat Malaysia agar terus berada di rumah memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih aktif dan dilanjutkan sehingga 14 April ini.

"Jika balik dari membeli barang keperluan, pastikan terus basuh tangan dengan sabun sebelum sentuh anak. Tukar semua pakaian dan mandi. Bimbang secara tak sedar kita sebenarnya sedang membawa virus ini dari luar," nasihat beliau.- Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut