Skip to main content

Baling Tin Arak Kepada Polis, Lima Lelaki Terima Padah

KUALA LUMPUR - Lima lelaki dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pegawai polis yang menjalankan tugas membuat pencegahan penyakit-berjangkit koronavirus (Covid-19) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan mulai 18 Mac lepas.

Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu terhadap D Candran, 38, K. Kandasamy, 50, D Thavachilan, 34, D Gunalan, 39, dan D Ravintran, 36, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mereka didakwa bersama-sama telah menggunakan kekerasan jenayah dengan membaling tin minuman keras serta melakukan pertengkaran mulut terhadap Lans Koperal Mohd Adnin Che Ani iaitu seorang pegawai polis dalam melaksanakan kewajipan rasminya sebagai penjawat awam.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut di tapak Trak Makanan Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 5 petang 25 Mac lepas mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa bersama rakan setugasnya membuat rondaan di sekitar kawasan kejadian telah menasihati kumpulan lelaki berkenaan yang sedang minum minuman keras supaya tidak berkumpul di kawasan lapang.

Mangsa mengarahkan kesemua tertuduh mengemukakan kad pengenalan diri bagaimanapun, dua daripada tertuduh berkenaan membaling tin minuman keras manakala seorang lagi tertuduh merakam situasi tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana mereka melakukan kesalahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan serta bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa mahkamah tidak akan berkompromi terutama dalam situasi yang dihadapi negara ketika ini.

Kelima-lima tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Erni Ahmad merayu hukuman ringan kerana anak guamnya menanggung keluarga dan isteri.

Seorang lagi tertuduh lelaki, B Pavitrn, 23, didenda RM1,000 atau penjara dua bulan selepas mengaku bersalah bergerak dari kawasan perumahan di Danau Murni ke sebuah pasar raya, yang merupakan tempat dalam kawasan jangkitan yang bukan bertujuan melakukan mana-mana perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 pada JAM 3.20 pagi tadi (27 Mac).

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 7(1) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...