Skip to main content

Saintis Jadi Bingung Cara Covid-19 Berjangkit

Saintis sedang berusaha untuk memahami kes Covid-19 yang menunjukkan gejala sedikit atau tidak, tetapi masih boleh berjangkit, menurut laporan.

Laporan sebelum ini mendakwa jangkitan tanpa menunjukkan gejala penyakit ini jarang berlaku dan bukan pemacu utama pandemik, tetapi terdapat bukti mencadangkan sebaliknya.

Menurut laporan berita oleh Nature, yang merumuskan penyelidikan terkini, sebahagian fenomena awal menunjukkan bahawa kes-kes yang tersembunyi merangkumi kira-kira 60 peratus daripada semua jangkitan Covid-19.

Ia berkata ramai saintis mengesyaki kes-kes yang menunjukkan sedikit atau tiada gejala kerana peningkatan bilangan orang dijangkiti yang tidak boleh dikaitkan dengan kes yang diketahui atau pernah masuk ke kawasan wabak.

Ini berbeza daripada kumpulan yang cuba memahami kes yang tidak dapat dikesan kerana kekurangan ujian, atau 'kes-kes pra-klinikal' di mana seseorang individu membawa virus berkenaan tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda.

Laporan oleh jurnal saintifik terkemuka itu memetik kertas yang diterbitkan pada 6 Mac yang mencadangkan terdapat 37,400 orang membawa virus itu di Wuhan pada 18 Feb, tetapi pihak berkuasa tidak tahu mengenainya.

"Mengikut anggaran kami yang paling konservatif, sekurang-kurangnya 59 peratus daripada individu yang dijangkiti, tanpa diuji dan berpotensi menjangkiti orang lain," penulis utama kajian itu, Wu Tangchun, dipetik sebagai berkata.

"Ini mungkin menjelaskan mengapa virus itu merebak begitu cepat di Hubei dan kini tersebar di seluruh dunia."

Akhbar itu masih belum menjalani peer-review (diskusi atau penilaian).

Bagaimanapun, Nature juga memetik modeller dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, Adam Kucharski berkata anggaran Wu selaras dengan beberapa kajian lain yang lebih kecil, dan kaedahnya masuk akal.

"Ia analisis terbaru daripada sebahagian besar set data terbaik yang kita ada," Kucharski dilaporkan berkata.

Pakar epidemiologi dari Georgia State University, Atlanta, Gerardo Chowell dilaporkan berkata model Wu mungkin terlebih anggar dan membesar-besarkan bilangan jangkitan yang ringan atau tiada gejala, tetapi hasilnya mungkin betul.

Memetik satu kajian yang berasingan melibatkan 565 warga Jepun yang dipindahkan dari Wuhan, China, ia melaporkan bahawa 13 mangsa didapati dijangkiti.

Daripada jumlah ini, empat daripada mereka tidak pernah mengalami simptom walaupun ujian positif.

Bagi kapal persiaran Diamond Princess, di mana 3,711 anak-anak kapal dan penumpangnya dikuarantin dan dipantau dengan teliti, kajian Chowell dilaporkan mendapati kira-kira 18 peratus daripada 700 orang yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal Eurosurveillance pada 12 Mac.

Bagaimanapun, Chowell dilaporkan memberitahu Nature bahawa anak-anak kapal dan penumpang kapal berkenaan mewakili "penduduk istimewa".

Ini kerana bilangan tidak seimbang penumpang kapal terdiri daripada orang-orang tua, yang cenderung mengalami gejala yang lebih teruk.

Mengambil kira beberapa kajian lain, Chowell dilaporkan berkata beliau percaya kes-kes yang tidak menunjukkan gejala atau ringan mewakili kira-kira 40 hingga 50 peratus daripada semua jangkitan.

Bagi sama ada kes-kes Covid-19 yang sederhana atau tanpa gejala boleh menular, laporan Nature memetik beberapa kajian yang menunjukkan ia boleh berlaku.

Satu draf laporan oleh pasukan yang berpangkalan di Jerman mengesan tahap virus yang tinggi dalam tenggorokan tekak pesakit Covid-19.

Satu lagi pasukan di China mendapati tahap virus yang tinggi daripada 17 orang tidak lama selepas mereka jatuh sakit, dan seorang yang tidak pernah mengalami gejala tetapi memiliki tahap virus yang sama seperti mereka yang menunjukkan gejala/

Ini bermakna virus berkenaan dapat dengan mudah dipindahkan melalui batuk dan bersin, di mana ia boleh menyebabkan jangkitan baru, lapor Nature. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...