Skip to main content

Luluh Hati Isteri Lihat Keadaan Fad Kehilangan Abam

ISTERI pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman luluh melihat keadaan suaminya yang terlalu sedih selepas mendapat berita pemergian sahabat baiknya, Abam Bocey.

Syahira berkongsi keadaan terkini Fad menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.

“Tidak boleh tengok gambar ni, perit tengok daddy macam ni, asyik ulang Abam tak ada dah la, dia tak ada dah.

“Abam, separuh jiwa Fad hilang Bam. Abam lepas ni Bocey betul-betul tak ada. Kenapa tak bagitahu yang kali ni last kita bersama. Kami janji kami jaga Dayah dan Amzah. Rehat lah ya, satu masa kita bertemu.

“Sebutir nasi pun tak mahu, dia asyik periksa telefon dia.

“Kami cipta kenangan manis hari pertama sampai Tokyo dengan anak-anak... Tapi kenangan itu bertukar menjadi kenangan paling pahit. Kami redha, tapi Fad nak sangat peluk cium buat kali terakhir. Doakan sahabat kami Abam moga ditempatkan dikalangan orang beriman,” tulisnya.

Difahamkan kini mereka dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur.

“Bam... Kitaorang balik hari ini, Sya bawa Fad jumpa Abam ya... Maaf Fad tak penuhi impian Abam untuk kebumikan Abam. Kitorang jauh sangat.

“Kalau saya tahu Bam, kitorang sanggup tangguh percutian tak berapa sangat ni nak dibandingkan dengan sakitnya Fad tak dapat peluk Abam buat kali terakhir...,” coretnya.

Terdahulu, Fad dan keluarga berada di Jepun untuk bercuti.

Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...