Powered by Blogger.

Wednesday, November 13, 2019

Gadai Nyawa Selamatkan Anak Kucing



KOTA KINABALU - Tindakan seorang lelaki menyelamatkan anak kucing dalam kesesakkan jalan raya di Sutera Harbour di sini mendapat pujian daripada warganet sekali gus diangkat sebagai hero.

Menerusi Facebook Malenna Lui, dia sempat merakam gambar itu ketika jalan mulai sesak dan ternampak kelibat seorang lelaki berlari menyelamatkan seekor anak kucing.

"Selamat pagi!, kisah baru terjadi tadi, ditengah-tengah jalan di Sutera Harbour, ada seorang lelaki menyelamatkan anak kucing. Punya 'alert' mata dia.

"Saya sendiri pun tak nampak ada kucing. apa lagi rakam gambarlah, kerana orang yang baik macam lelaki ini harus viralkan... zoom kalau tak nampak, moga Tuhan memberkati," tulisnya di Facebook sebelum tular.

Posting itu mendapat lebih 600 perkongsian dan dilihat rata-rata pengguna Facebook memuji tindakan lelaki itu kerana sanggup mengadaikan nyawa semata-mata seekor anak kucing.

Kata Puan Eja,"Terbaik, selamat dunia akhirat hidup orang yang selamatkan anak kucing itu."

'Mulia sungguh hati ko bro," tulis Abdul Jan Eddy.

Tambah Zul Ibrahim, "Terima kasih sebab selamatkan anak kucing, moga ALLAH membalas dengan beribu kebaikan ke atas kamu. Amin." - Sinar Harian