Skip to main content

Netizen Kecam Pelaku Racun 60 Ekor Kucing


KUANTAN - Seorang pengguna Facebook, Jesse Oii berkongsi kesedihan mengenai kucing jalanan yang dijaga seorang pencinta kucing mati diracun dengan kejam oleh individu yang tidak diketahui.

Jesse memuat naik gambar dan menulis, "17 ekor kucing mati bergelimpangan diracun secara kejam. Itulah nasib kucing-kucing gelandangan peliharaan Muhammad Nur Fiqry Zahari yang mati dalam kawasan rumah sendiri di Lorong Seri Kuantan akibat perbuatan khianat manusia yang tidak menyukai kucing.

"Apalah sangat dosa kucing-kucing tersebut pada orang yang meracun mereka sampai mati. Ketika kejadian Nur Fiqry tiada di rumah. Pembunuh kejam mencampakkan kepala ayam mentah yang telah dilumur racun untuk membunuh 60 ekor kucing peliharaan Nur Fiqry.

"Bagaimanapun hanya 17 ekor kucing yang malang terkena kesan racun sehingga menyebabkan kematian."

Jesse turut mencadangkan Nur Fiqry melaporkan perkara itu kepada polis serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mencari pesalah dan dikenakan tindakan undang-undang.

"Semoga Nur Fiqry terus tabah dan kuat semangat. Inilah dugaan dan kesusahan menjadi rescuer (penyelamat) haiwan gelandangan. 

Kepada pelaku yang masih bebas. Tidakkah anda boleh tidur dengan tenang setelah menzalimi dan menganiaya hingga mati makhluk lemah dan memerlukan perlindungan?" tulisnya.

Perkongsian hantaran itu kini tular di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelaku yang zalim dan tergamak melakukan perkara tersebut.

Tulis Najib, "Kepada pelaku, kau tunggu azab ALLAH. Kau takkan terlepas dunia dan akhirat. Macam mana azab kucing tu tak nak mati begitulah kau pun nanti dan masa itu mungkin dengan kuasa ALLAH akan terbayang kembali saat mengazab kucing-kucing itu."

"Memang ada manusia yang zalim serta kejam hingga menyeksa binatang peliharaan. Kucing saya dikuncikan oleh seseorang selama empat hari dengan tidak memberikan makanan dan minuman. 

Kucing saya sempat balik rumah selepas empat hari namun mati di kemudian hari," kata Wh Ooi di Facebook. - Sinar Harian
 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...