Skip to main content

Betul Ke Lelaki Boleh Meroyan Selepas Isteri Bersalin???


Bersalin ialah pengalaman buat wanita yang sangat menakjubkan. Dalam masa yang sama, ia juga boleh jadi mengerikan.

Sudah pasti anda pernah terbaca atau terdengar mengenai wanita meroyan selepas bersalin, kan?

Ya, ia adalah perkara yang mungkin biasa terjadi. Namun, lain pula ceritanya kalau lelaki yang meroyan!


Lelaki pun boleh meroyan?

Buat anda yang belum tahu, lelaki juga boleh mengalaminya.

Kemurungan selepas bersalin dalam kalangan lelaki ini dikenali sebagai paternal postpartum depression (PPPD).

Menurut Dr Yen Teck Hoe yang merupakan pengarang laman sesawang Positive Parenting, kira-kira 1 daripada 10 lelaki berisiko mengalami masalah ini.

Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menegaskan bahawa kebarangkalian lelaki mengalami masalah ini adalah 2.5 kali ganda berbanding wanita.

Meskipun ia tidak begitu diketahui umum, fenomena ini kian teruk berlaku.

Jadi, lelaki di luar sana perlu lebih berhati-hati.

Apa punca ia berlaku?

Menurut kajian yang dilakukan oleh laman sesawang Parents.com, punca ia berlaku adalah sama seperti wanita juga iaitu perubahan paras turun naik hormon yang akan menyebabkan gangguan emosi.

Untuk lebih mendalam, lelaki akan mengalami masalah ini jika hormon testosteron menurun manakala hormon estrogen, prolaktin dan kortisol meningkat.

Bukan itu sahaja, ramai pakar psikologi turut berpendapat bahawa lelaki mungkin mengalaminya ekoran daripada tekanan hidup yang makin meningkat.

Mana tidaknya, mereka kini perlu menanggung tanggungjawab untuk menjaga anak yang baru lahir.

Jadi, kos sara hidup sudah pasti akan melambung lebih tinggi.

Apa tanda ia berlaku?

Ia tidak banyak berbeza dengan wanita. Lelaki yang meroyan akan menunjukkan tanda seperti berikut:
Mudah marah, gelisah, tidak boleh duduk diam
Lesu, tidak bermaya, tidak bertenaga
Selalu bersedih dan menangis
Menjauhkan diri dari bayi dan isteri
Lebih kerap berada di luar rumah
Lebih gemar bekerja lebih masa
Selalu bercakap mengenai kematian

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Ia adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, jangan sesekali menyalahkan dirinya atau diri anda sendiri.

Jika dia cuba mengelak dari tanggungjawab sebagai bapa atau suami, jangan memarahinya, ia hanya akan membuat keadaan lebih teruk.

Sebaliknya, beri sokongan, dorongan dan galakan kepada mereka.

Selain itu, mungkin ada beberapa rawatan klinikal & tradisional buat lelaki meroyan:
Terapi perlakuan kognitif – mengajar strategi harian mengatasi masalah ini
Terapi seni ekspresif – menyokong proses pertumbuhan mental, emosi dan pemikiran individu.
Perawatan tradisional – urutan selepas bersalin serta ‘pantang’ juga tidak boleh diabaikan.

Jadi, jangan terkejut jika anda terdengar, terbaca atau anda sendiri sebagai lelaki mengalami masalah meroyan selepas isteri bersalin.

Ia adalah perkara yang mungkin tidak biasa, namun boleh dialami oleh beberapa lelaki.

Jika berlaku, segera dapatkan bantuan pakar.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...