Skip to main content

Bapa Dera Anak Berusia 3 Tahun 5 Bulan


Indonesia - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun lima bulan meninggal dunia selepas dipercayai telah dipukul oleh bapa tirinya.

Kanak-kanak malang tersebut yang dikenali sebagai Alvin meninggal dunia selepas dipercayai telah dipukul oleh bapa tirinya Asep Doni, 25 tahun.

Ibu mangsa, Yesi Mulyasari, 26 tahun sehingga kini tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak bongsunya itu telah pergi meninggalkan dia buat selamanya dan sehingga kini masih teringat kata-kata terakhir mangsa.

Menurut Yesi ketika ditemui di rumahnya di Gunungcupu, anaknya berada dalam keadaan baik, sihat dan tidak sakit langsung ketika kali terakhir melihat mangsa, malah dia menggambarkan Alvin seorang anak yang baik dan tidak banyak ragam.

Yesi langsung tidak menyangka suaminya itu tergamak memukul Alvin sehingga mangsa meninggal dunia kerana ketika kali terakhir berjumpa Alvin, Asep membawanya menunggang motorsikal untuk ke rumah neneknya dan ketika itu Alvin sangat gembira.

"Selepas menunggang motosikal, dia berkata, 'selamat tinggal Mama, bye Caca (kakak mangsa), Alvin ke rumah nenek pertama'," katanya lembut dan itulah kata-kata terakhir dari Alvin.

Yesi berhasrat mengikuti mereka ke rumah nenek mangsa kemudian tetapi dalam perjalanan ke sana Yesi terkejut apabila diberitahu Alvin telah dibawa ke hospital, ketika sampai di hospital dia melihat keadaan Alvin tidak sedarkan diri, lemah, dan dia memakai oksigen.

Menurut Yesi yang sedang hamil enam bulan, Alvin adalah anak ketiga dari perkahwinannya yang kedua dengan bekas suaminya, Deden Syamsulbahri dan baru sahaja lapan bulan berkahwin dengan suaminya Asep.

Malah Yesi turut memberitahu bahawa Asep sering bertindak kasar ketika dia sedang mabuk dan mangsa sering menjadi tempat dia melepaskan kemarahannya.

Ketika kejadian suspek dikatakan berada dalam keadaan mabuk, malah menurut suspek ketika dia tiba dirumah mangsa sedang merenget serta menangis sehinggalah ketika dalam perjalanan hendak menghantarnya kerumah ibu bapanya atau nenek mangsa.

Menurut Ketua Polis Ciamis Adjunct Pesuruhjaya Kanan Bismo Teguh, mangsa terus menangis menyebabkan suspek hilang kesabaran dan mula memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa dipukul sebanyak sepuluh kali di bahagian kepala dan perut menyebabkannya kanak-kanak kecil itu tidak mampu bertahan dan terus pengsan akibat pukulan terbabit.

Tetapi menurut Yesi pula, ketika kejadian anaknya itu langsung tidak meragam dan sangat gembira dijemput menunggang motorsikal kerana dia amat suka menaiki motorsikal.

Ketika sampai di hospital, Yeni ada bertanyakan kepada suaminya itu mengapa terdapat kesan lebam-lebam di wajah mangsa tetapi suspek cuba mencipta kebohongan.

Bagaimanapun bapa kandung Alvin, Deden yang mengesyaki anaknya itu telah didera selepas melihat kesan-kesan lebam di wajah mangsa telah meminta agar mayat anaknya tidak dikebumikan terlebih dahulu dan melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Cikoneng.

Selepas bedah siasat di buat ternyata andaian bapa mangsa telah didera adalah benar, suspek telah di tahan ketika menghadiri pengkebumian mangsa dan suspek akan didakwa dengan Akta Perlindungan Kanak-kanak No.35 tahun 2014 yang jika sabit kesalahan suspek bakal dikenakan hukuman 15 tahun penjara.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut