Skip to main content

Lelaki Ini Terima Padah, Raba Kemaluan Anak Tiri Berusia 14 Tahun


MELAKA: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas anak tirinya berusia 14 tahun, sejak tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 34 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut dua pertuduhan dibawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya dengan cara menyentuh buah dada dan kemaluan gadis berkenaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi satu pertuduhan mengikut seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minima lima tahun dan maksima 30 tahun serta sebatan, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa sama.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bukit Serindit, Melaka pada Mac dan Julai 2018, 31 Ogos 2019 lalu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mazuin Hashim bagaimanapun tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira mangsa adalah anak tiri kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan diberikan kepadanya memandangkan dia menanggung ibu dan bapa yang sudah uzur.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh untuk tidak mengganggu atau mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 14 Oktober depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut