Skip to main content

Kongres Yahudi Sedunia Kecam Penampilan Dr M Di Universiti New York


Kumpulan pelobi Yahudi membantah penampilan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Columbia University, New York yang dijadualkan berlangsung esok, lapor New York Post.

Kongres Yahudi Sedunia (WJC) melalui Twitter berkongsi kecaman presidennya, Ronald Lauder yang dipetik dalam laporan itu.

Lauder menyifatkan Dr Mahathir sebagai "pemimpin dunia yang anti-Yahudi" dan berkata universiti itu tidak seharusnya memberi ruang kepada orang yang mempunyai pandangan sedemikian.

"Sangat menghairankan apabila sebuah universiti yang dibanggakan sebagai tempat toleransi dan inklusiviti akan memberikan mikrofon kepada pemimpin yang menggambarkan orang Yahudi sebagai 'berhidung bengkok' (hook-nosed," kata Lauder merujuk kepada ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung PBB ke-73 pada 2018.

"Dr Mahathir juga telah dipetik sebagai berkata bahawa 'Eropah membunuh enam juta daripada 12 juta Yahudi, tetapi hari ini orang-orang Yahudi memerintah dunia ini dengan proksi, mereka menggunakan orang lain berjuang dan mati untuk mereka,'" kata Lauder.

Lauder berkata Universiti Columbia sepatutnya malu dengan keputusan mereka untuk mengalu-alukan Dr Mahathir.

"Tidak hairan bahawa insiden anti-Yahudi semakin meningkat di New York apabila ia diajarkan dari peringkat salah satu universiti utama," katanya.

Menurut The New York Post, Presiden Columbia University, Lee Bollinger mempertahankan penampilan Dr Mahathir sebagai sebahagian daripada Forum Pemimpin Dunia mereka untuk bercakap tentang kedaulatan undang-undang dan multilateralisme.

Dr Mahathir juga dijangka menerima pertanyaan daripada penonton dan Bollinger dilaporkan berkata institusi akademik harus bersedia untuk menghadapi isu kontroversi.

Dia menambah bahawa jemputan universiti kepada Dr Mahathir adalah "bukan pengesahan atau sokongan" terhadap pandangan perdana menteri itu.

"Saya dapati kenyataan anti-Yahudi Dr Mahathir bertentangan dengan pendirian kami, dan patut dikecam.

"Bagaimanapun, pada masa-masa ini kita amat tegas untuk menegaskan bahawa kampus kita tetap menjadi forum terbuka dan untuk melindungi kebebasan yang penting untuk komuniti universiti kita," kata Bollinger.

Lawatan terakhir Mahathir ke New York bersempena dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat ini.

Awal tahun ini, Dr Mahathir mempertahankan kenyataannya mengenai orang Yahudi selepas pengkritik, termasuk pengarang dan wartawan Turki, Mustafa Akyol, mengkritik beliau.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...