Skip to main content

Kanak-kanak Berusia 6 Tahun Maut Dibuli Rakan Sepermainan


Jakarta - Seorang kanak-kanak lelaki maut dipukul serta ditendang oleh rakan sepermainannya dipercayai selepas mangsa telah menjadi mangsa buli oleh rakan-rakannya itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Fatir Ahmad meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Polri Kramat Jati pada 30 Ogos yang lalu.

Menurut ibu Fatir, Sri Ani Lestari 38 tahun, dia meluahkan kekecewaan serta kesedihan di atas kehilangan anak kesayangannya itu malah dia turut berkongsikan keadaan anaknya itu yang semakin teruk dipercayai selepas kejadian pembulian yang dilakukan oleh rakan sepermainan Fatir.

Menurut ibu Fatir, pada hari pertama selepas kejadian anaknya itu dipukul Fatir mengalami muntah-muntah dan dia tidak menyangka bahawa itu adalah kesan daripada pemukulan tersebut dan hanya memberikan Fatir ubat tolak angin serta menyapu minyak kayu putih di badannya.

Pada hari kedua selepas kejadian buli tersebut Fatir mula menunjukkan lengan serta ketiaknya tidak dapat diangkat dan apabila diperiksa ternyata terdapat 3 bengkak di ketiaknya dan saya terus bertindak menyapu freshcare untuk menghilangkan bengkak tersebut.

Menurut Ani lagi pada hari ke tiga mulut anaknya itu tidak dapat di buka atau menganga malah selera makan anaknya itu juga kurang di sebabkan sakit yang di alaminya itu.

"Pada mulanya saya menyangka bahawa anaknya itu mengalami tonsil kerana terdapat bengkak juga di rahangnya, saya juga sempat memanggil tukang urut untuk melihat keadaan anak saya tetapi pada tengah malam pukul 2 pagi keadaan anaknya itu semakin teruk sehingga kekejangan," kata Ani.

Melihatkan keadaan anaknya itu yang sudah kekejangan, Ani serta suami langsung membawa Fatir ke pakar saraf tetapi usahanya itu di tolak oleh pihak tersebut.

Akibat ditolak,Ani terus membawa anaknya itu ke klinik tetapi klinik tersebut menolak untuk merawat Fatir kerana Fatir baru berusia 6 tahun.

Apabila semua menolak untuk merawat anaknya itu, Ani terus membawa Fatir ke hospital Polri di Kramat Jati, Jakarta Timur, Fatir telah diberikan rawatan di sana sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 Ogos sekitar pukul 12 tengah hari.

Pada mulanya doktor tidak mengetahui sama sekali punca Fatir mengalami gejala kekejangan tersebut serta sakit sebenar yang di alaminya  dan mereka tidak meyangka sama sekali bahawa Fatir telah menjadi mangsa buli sehingga keadaanya menjadi kritikal.

Pada awalnya doktor menganggarkan anaknya mengidap tetanus tetapi tidak menjumpai sebarang luka mahupun kesan gores di tubuh Fatir dan selepas melakukan pemeriksaan lanjut mendapati penyakit anaknya itu berpunca daripada rahangnya tetapi ketika diketahui punca tersebut sudah terlambat kerana lidah Fatir sudah tergigit dan dalam keadaan parah.

Fatir telah meninggal dunia sebelum sempat doktor memakaikannya hos pada peparunya.

Ani tidak menyangka anak yang tidak pernah berjauhan dengannya itu akan pergi meninggalkannya buat selamanya dan Ani telah mengongsikan kekecewaanya itu bersama  dengan mengongsi segala detik-detik indah bahagia Fatir bersamanya.



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...